Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, June 24, 2011

memori corner

assalamualaikum..


Best betul lunch hari Jumaat ni.Boleh buat macam2.Tadi lunch dengan cik hubby kat The Mall.First time try makan kat satu restoran ni nama dia Memori Corner.Ianya terletak kat Tingkat 4.Rasanya restoran ni baru dibuka sebab before this tak pernah nampak restoran ni.Ke aku yg tak perasan?huhu..
Yang bestnya pasal restoran ni adalah interior dalamannya berkonsepkan alam semulajadi dan suasana kampung.Dan makanannya mmg marvelous!.Ok jom tgk apa yg saya dan hubby makan.



 ais kacang utk hubby.sedap !


 fresh orange


 sweet & sour rice.rasanya different sket dari kedai lain yg pernah kitorg makan.sedap gilak!



 byk giler gambar pelakon2 dulu2 diorg tampal.evergreen sungguh!



siap snap banner lagi.amek ko.hahhahaaha..

Kesimpulannya,mmg makanan kat sini adalah sedap2 belaka.Macam2 ada.dari western ke chinese ke malay food.You all should try.



p/s:pas ni nak try tomyam dlm kelapa diorg laks.yummy..:-)

Wednesday, June 22, 2011

melawat zoo..

assalamualaikum ...


Weekend lepas memang best sebab first time dapat spend time betul2 ngn hubby.my hubby kan orgnye mmg amat bz dgn work dan selalu most of the time kalau weekend dia kena gi keje.what to do.nak cari rezeki lebih untuk anak bini.tapi yg tak bestnyer si kecik tu boleh tido sepanjang kitorg kat sana.mungkin sebab terlalu penat dan mengantuk sebab bangun awal pagi tu.dah mak bapak pulak yg terlebih hover tgk menatang2 tu.hehe..ok,enjoy the piccas!


enterprem dulu. 


 ni muka dah mamai2 dah ni





 ni unta ada 2 ekoq jer..



 ni yang paling tak tahan.tak malu betul gajah ni.huh!:p



 see,kan saya dah kata..:P


tu eryn terkangkang lebih tu sebab space dah tak cukup utk dia tido dlm stroller tu.ater,dah semakin meninggi kan.nak kena beli stroller barulah nampaknyer.





p/s:tak sabar2 tunggu next year ni.harap2 semuanya berjalan ngan lancar.amin.

Tuesday, June 14, 2011

keakraban eryn & lara




 suka sgt tgk telatah dua2 anak dara ni.dan model dibelakang itu adalah kakak aku thalia.she's 4 months pregnant.


dan ini budak mmg suka ngn radio.nak jadi deejay ke nak?:p

Sunday, June 12, 2011

tinggal kenangan....

assalamualaikum semua...


Hari ni baru get back to work.hmmm..cuti 3 days compensionate leave minggu lepas rasa macam tak cukup jer.Sisa kesedihan tu masih ada lagi dan akan kekal sampai bila2.

For those yg tak tau lagi,abah saya telah menghembuskan nafas terakhirnya di wad Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang pada hari selasa lepas ( 07/06/2011) pada pukul 7.20 pm akibat penyakit aspiration pneumonia.dan alhamdulillah saya sempat jumpa abah dan lihat wajahnya utk kali terakhir sebelum dia 'pergi'.
Masih segar dalam ingatan saya sewaktu melihat wajah abah menahan kesakitan dan bercucuran air mata saat adik-adik saya membisikkan kalimah syahadah ke telinganya walaupun dia dah tak berdaya utk membuka mata dan menggerakkan anggota badan.Saya akan ingat moment itu sampai bila-bila.
Selepas doktor mengesahkan abah sudah 'tiada',kami adik beradik dan mak amat sedih,tak tau nak ckp apa lagi.Kami tak henti2 bacakan surah yaasin utk abah.Abah telah dikebumikan di Meru keesokan harinya (08/06/2011) pada pukul 9.00 pagi.sebelum abah diusung pergi,saya sempat lihat wajah abah dan mencium dahinya.wajah abah amat tenang,macam tengah tidur dan dahi abah masih berpeluh2.
Sekarang kami hanya ada mak sahaja.kesihatan mak memang tidak menentu disebabkan kencing manis yg amat tinggi.sekarang mata mak dah tak nampak sebelah kiri.saya amat risau.saya amat berharap agar Allah SWT panjangkan umur mak dan berikan nikmat kesihatan kepadanya agar kami dapat berbakti kepada mak semasa hidup ini.



Abah,
ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu abah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
walau kadang2 kata kata mu amat menusuk kalbuku
namun ku tahu disebalik itu,kau amat menyayangi anak-anak mu
Sekarang kau telah pergi
pergi yang takkan kembali lagi
hanya titipan doa yang kami mampu sedekahkan agar pusara mu terang di sana
damailah dikau di sana wahai abah








 sayang atuk




Al fatihah buat ayahanda ku Bahar Bin Ibrahim (1951-2011)


p/s:Ya Allah,Kau cucurilah rahmat ke atas roh abah ku.semoga dia tenang disampingMu.Dan semoga dia tergolong dalam golongan org2 yg solih.Amin ya rabbal alamin.

Wednesday, June 1, 2011

finally....

salam...


akhirnya sampai jugak bi-fold door yg kitorg dok jenuh menunggu tu.semalam org houz depot dtg pasang masa lunch time.so,sempatlah saya ngan hubby balik umah jap pantau diorg.ambik masa dlm 1/2 jam jugak nak pasang sebb diorg kena bukak dulu pintu lama sebelum pasang mende alah ni.jom tgk hasilnye....






 ni lah hasilnye..we all sepakat pilih corak abstrak sbb ianya simple.dan colour hitam + putih tu sbb nak matchkan ngn warna dapur.



 u oll perasan tak yg dapur ni mcm lain sket.hehe..kitorg tampal sticker mcm wallpaper tu kat drawer2 ni sebb nak matchkan ngn colour kabinet atas yg berwarna putih.


 ni kat dapur memasak.ni semua hasil kreativiti en hubby.kalau saya,mmg sampai kiamat tak bertampal agaknye.kuikuikui..



erm..rasa mcm nak kena tukar tiles yg kat tgh tu lah.sbb macam nampak plain sgt



mungkin nk cari tiles kecik2 colourful macam cth kat bawah ni:-





p/s:bilalah aku nak start ganti pose ni ek.hai sifat malas,pegilah kau jauh2.huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails