Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, March 26, 2013

perkembangan terbaru..

she can sit by her own!


Sunday, December 2, 2012

my bro's engagement day

Assalamualaikum..


Lama sudah x jenguk blog.xde masa sgt.skrg byk hapdet kat facebook.huhuhu..


Yesterday,adik lelaki saya yg no 2 akhir bertunang kat bukit subang.Kitorg not familiar dgn tempat tu so pakai khidmat GPS.Nasib my hubby cemerkap dlm bab cari2 rumah ni.:-)
Event start after zuhur.kitorg sampai ngam2 masa diorg tengah bincang pasal hantaran etc.
Wakil dari pihak kami (lelaki) adalah bapa saudara saya iaitu pak utih yg jadi org tengah as our parents dah tiada.
Sedih dan kesian kat dia sebab arwah mak dan abah tak sempat nak tengok anak lelaki akhir dia ni bertunang.:-(

tengok jela gambar ek.dh takde idea nak menulis ni.:p


adik bongsu saya Eira yg preggy 2 months.dia ni dh kahwin masa bulan 9 ari tu ngam2 saya pas abis pantang.

Eryn takde mood.baru pas bangun tido.


Adik Ann dipangku uncle mail


ni adik ipar saya yg baru.Nama dia Faizal.Husband adik saya Eira.the expecting father.huhu.;p


Semoga adikku Mail dan tunang Eryna (nama dah sama mcm Eryn lah) bersabar menempuh alam pertunangan yg byk pancaroba ni sampai diijabkabulkan nanti.tak silap saya dlm next year kut.

p/s:Hari ni Eryn dan Ann start dijaga oleh pengasuh baru sebab pengasuh lama dah retired (dah tak boleh jaga disebabkan masalah kesihatan).Semoga pengasuh baru ni ok lah.Kesian Eryn,dah berkali2 tukar babysitter.Eryn dan Ann doakan mama dan ayah kaya ek,boleh mama duduk rumah jadi housewife jaga sendiri korg berdua.U both are so priceless to us.

Sunday, November 4, 2012

i'm backkkk!!!!

Assalamualaikum...



pergh,lama giler x jengah blog kesayangan ni.Almaklumlah baru start work after 3 months confinement yg heaven bersama 2 org budak kecik yg comel dan keletah.

Mesti ramai nak tgk my new baby girl (2nd girl).check it out!


 fresh keluar dari perut after 1 hari 1 malam bertarung sakit contraction sorg2.sob sob..


 kena letak bawah lampu sbb kena jaundis yg tinggi.yg ni akan diceritakan jap lagi kenapa dia kena jaundis.


 at 44 days.


 sekarang.3 bulan


kakak Eryn dan adik Ann


Kronologi bersalin Sofea Amanda:-

Isnin (6/8/2012)

Saya start keluar show darah masa 6/8/2012 pukul 5 ptg.time tu masa nak gi toilet nak shishi.cuak gak time tu.nasib barang semua dah packing dan hantar umah mertua.mak kertua advise jgn puasa time tu sebb takut nanti takde tenaga nak teran dan time tu mmg rasa mild contraction dah.hantar eryn umah mertua then terus gi PPUM.
Sampai kat hospital,terus kena salin baju dan gi labour room sebab doctor nak check bukaan.Cuak giler seh.time ni dia bagi ubat berak dulu then terus check contraction dan kena seluk.doctor cakap baru 1cm.
Tapi doctor tak bagi balik dulu takut kang terberanak kat umah.almaklumlah ni 2nd child kan.
so saya pun kena berkampung kat wad bersalin malam tu.bosan giler.dah ler panas nak mampuih sebb aircond xde rasa.rosak kut.


Selasa (7/8/2012)

Saya contraction makin kuat tapi leh tahan lagi.asyik ulang alik bilik air shi shi dan poo poo.Mcm comel jer perkataan poo poo tersebut.:p.
Doctor dan doctor2 pelatih (lelaki dan perempuan) datang seluk lagi.malu mak encik sebab jadi tontonan ramai.nasib ler yg seluk tu doctor perempuan yg cantik.huhu..time tu dah 3 cm.
So,doctor decided supaya saya ditransferkan ke labour room utk dipecahkan air ketuban.kena jalan kaki ikut nurse gi labour room tu sbb nurse kata nak cepatkan bukak jalan.
Time ni my nightmare begin...
After diorg put ctg machines on my stomach,datang ler ramai2 doctor pelatih.dan saya dapat doctor pelatih lelaki yg sgt muda okeh!handsome gaklah.hahaha..tak agak2..
doctor tu di accompany oleh seorg senior doctor cina pompuan.dia ajar doctor tu cane cara2 nak pecahkan ketuban.Very the sakitttttttttttttttt.....i tell you.rasa dia mcm kat dlm perut kena hiris2 ngn benda tajam.aku menyumpah doctor tu sampai sekrg (tapi sumpah dlm ati jerlah).saya pegang tangan nurse kat dlm tu (sebb husband tak dibenarkan masuk teman isteri) sampai nak patahlah tgn dia.maap yer kak.huhu..
Pas dah pecah ketuban tu,oleh kerana sakit sgt,saya menangis tersedu2 merayu kat doctor utk ambik epidural.
Nasib doctor senior pompuan (melayu) bagi sbb dia tgk saya tak tahan sgt.rasa contraction semakin sakit.masa ni mampu mengucap jelah.tunggulah doctor anesthethic dtg nak cucuk epi kat tulang belakang ni ha.
Pas dh ambik epidural,saya masih lagi rasa kesakitan contraction tu.rupa2nya doctor anesthethic tu ckp dia bagi dos yg very mild sbb dia taknak saya tak leh nak teran.then dia kata bila dah 9cm nanti,dia akan stopkan epi utk bagi i rasa sakit nak beranak.Adoii..kalau ku tahu baik takyah ambik epi time tu.sama jer sakit dia.
saya mintak pain killer lain.pun tak de rasa different.sakit jugak.diorg bagi gas ethonox utk kurangkan sakit.pun tak berkesan.
air mata dah bercucuran turun mcm banjir kat dlm labour room tu.serious,masa ni hanya ingat Allah,suami dan arwah mak.memang rasa dah nak 'pergi' dah.
tengah sakit menahan contraction tu,saya rasa kehausan sgt2 macam kat padang pasir.minta kat nurse air.dia bagi air masak yg baru dimasak sbb air suam takde.saya terus teguk camtu jer.
mmg tak kira dia panas ke,sejuk ker..
Dari pagi menahan sakit sampai malam (pas dah berbuka) saya tak dpt tido.rasa pinggang mcm kena patah2 dan kat 'bawah' tu dah terburai etc.saya punya air mata takyah nak ckplah.
sampai nurse india yg tgk saya panggil doctor utk check bawah samada dah full ke belum.
Bila doctor check,dia terus terkejut sebb dah nampak kepala.
Saya pun disuruh utk meneran.after 2,3 kali push (sampai dah takde napas),baru ler keluar si kenit kat atas tu.
fuhhh...lega..saya minta tlg nurse kol kan hubby suh azankan baby.nurse lupa nak kol sampai my hubby yg kol hospital tanya dah bersalin ke belum.baru hospital bagitau hubby yg saya dah selamat bersalin.
Hubby marah gaklah sebb lambat bagitau dia.hubby sampai kat hospital pukul 9 lebih.time tu saya baru nak disorong ke ward bersalin.

Rabu (8/8/2012)

Ingatkan dah boleh discharge.rupanya sangkaanku meleset sama sekali.
Nurse pelatih check my baby Ann.dia kata kulit Ann sangat merah macam udang kena bakar.so diorg pun ambil darah Ann dan ckp Ann kena polycythemia (terlebih darah merah).
Ini semua disebabkan nurse yg kat labour room tu lambat potong tali pusat Ann,so darah dari tali pusat tu mengalir masuk dlm badan Ann.
Dan kerana polycythemia tu,Ann kena ditahan di ward sebb kena jaundis yg tinggi.
berkampunglah saya kat ward selama 7 hari 6 malam.
Tapi alhamdulillah,Ann dah ok sekarang.dia kuat minum susu.sekarang dah campur ngn susu formula.

To Ann,mama harap Ann membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah ek.sayang anak2 mama.

Huish,panjang betul kan citer saya bersalin ni.:-)



Wednesday, July 25, 2012

My New IPAD



tq hubby for this present.really appreciate it.:-)


p/s:this week last keje.doctor kata baby memang dah masuk laluan dah.anytime from now i will deliver the baby.skrg dah super tak larat nak gi mana2.Puasa pun dh 2 hari tinggal sebab kena gastrik,selsema dan sakit tekak.huhu..Ari ni nak try puasa.mintak2 lah puasa ku ari ni berjalan ngn lancar.Amin....

Sunday, July 15, 2012

update:34 weeks & beg baby dah siap!

Assalam semua...


Rasa agak lama jugak tak berkesempatan update blog ni.Oklah,nak update my check up on 34 weeks last weeks.
As usual,saya akan check up dgn gynae kesayangan saya Dr Kamaljit dari Pusat Pakar Wanita Bangsar.Actually schedule check up saya this week hari khamis tapi my hubby cakap alang2 dah sampai sana nak check cramp,better buat check up ari tu.
I gain 3 kgs for two weeks!bravo siti.hahhahaha..Pas ni redho jelah ambik 2nd mgtt test.
Bila part scan tu,saya terkejut sangat sebab doctor kata my baby dah gain 2.813kg!Doctor kata baby besar sekt dari my previous one sebb baru 34 weeks.Eryn last time masa 38 weeks baru 2.86kg.pffttt..
patutler saya punya pinggul dan pinggang dah start sakit2.Doctor kata itu semua normal sebb baby punya head makin turun.
Doctor estimated saya akan deliver samada hujung bulan ni @ awal bulan 8.Oh No!seramlah..

Then semalam,my MIL dan FIL suggest gi bidan kampung untuk betul2kan kedudukan baby sebab diorg taknak saya kena caesar macam my SIL dan my biras.Bidan yg urut tu pun kata perut saya dah turun sgt dan estimated saya akan beranak hujung bulan @ awal bulan 8 ni.Dia kata baby sihat sgt sebb perut saya padat,takde ruang.hehehehe..Oh ya,mak bidan semalam pun baik ati watkan saya air selusuh.dia suh minum sikit2 bila dh start sakit2 @ bila dah turun tanda.
So semalam dah start packing barang utk bawak gi sepital.So next check up terus kat PPUM pada 2/8/2012.Maybe ini entry terakhir sebelum beranak.Kawan2 doakan saya selamat bersalin dengan normal dan tanpa complication ek.hehehe..




 saya sediakan beg kecik jer gi sepital.sumbat satu kali brg baby dan omak eh.Sbb last time serik kena tegur ngn misi bila bawak beg besar.huhu..


 ni ler air selusuh yg makcik bidan buatkan tu.


 ni ler brg2 baby yg saya dan hubby beli.sket jer kan.hahaha..ater anak kedua.hubby kata tunggu baby keluar baru tokok tambah mana yg tak cukup


 ni carrier beli online.Sebab beli kerana si kakak suka duduk stroller bila bawak berjalan.so baby akan dibawa naik carrier jelah ek.


 ni antara my wishlist yg dh lama nak beli.senang nak  bawak changing caddy ni kemana2 dan saya suka sebb nanti brg baby nampak organize sket.



Lastly.....


"Mama,bila adik nak kuar ni?"hehehe.:p

Monday, June 18, 2012

hasil MGTT Test...alhamdulillah

Assalam semua...


Next week dah nak masuk 8 bulan.wah,cepatnye masa berlalu.Adik baby dlm pewut ni makin aktif tendang2.adoi,bila dia tendang jer kompom saya kena gi bilik air.

ni nak citer yg result untuk MGTT (minum air gula) last week dh dpt.Alhamdulillah,saya bebas dari diabetic.tapi saya punya hb rendah sket dari last time.Dari 12.1 last time turun ke 10.6.Tapi doctor kata still normal,dan dia bekalkan Iberec Folic kat saya untuk tambahkan zat besi dlm badan.Adoi,kena jugak makan pil merah jambu yg panjang dan besar ni.Dulu masa mengandungkan Eryn pun awal2 lagi doctor bagi pil ni.Tapi doctor kata ada kesan sket kalau consume pil ni iaitu najis akan jadi keras (sembelit) dan warna hitam.
So dia kata kalau nak makan pil ni,tgk dulu.kalau hari tu kita makan banyak makanan yg mengandungi zat besi contoh macam daging,seafood,bayam etc,so takyah amek pil ni.
Tapi kalau tak makan zat besi ari tu,kena ambil pil ni 1 biji sekali.


p/s:bile lah wishlist saya untuk baby ni tercapai.harap2 ada rezeki baby nanti.Amin..

Wednesday, June 13, 2012

Air gula yg manis nak mampuih!

Salam semua...

Hari ni saje wat MGTT test kat klinik opis memandangkan keturunan aku ada kencing manis dan darah tinggi.kencing manis ni arwah mak dah ada dan darah tinggi lak arwah abah ada.
Buat kat klinik panel opis ni senang,doktor dah sah2 berpengalaman cucuk-cucuk ni.sebab pas ni aku kena gi check up kat PPUM dah.first time gi hospital gomen.takut misi2 yg tak expert @ yg praktikal cucuk aku.huish,tak dapat bayangkan.
So pagi tadi dlm kul 9.15am aku gi tingkat 4 (klinik) utk ambil darah dan minum air gula.First time ever minum air gula yg semata2 gula.ntah bape kati gula diorg taruh dalam tu.nasib tak muntah balik.pas 2 jam,gi klinik balik then kena cucuk kali ke-2 dan ambil urine.
So kena tunggu result next week.Nanti senang bila check up kat PPUM,just bagi doctor sana result jer.tak perlu nak ambil darah nak queue2 panjang bagai.paling penting,hopefully takde kena diabeticlah.Amin.
Oh ya,barang baby ada sket jer tak complete lagi.tapi rasanya byk kehendak kut dari keperluan.wuhuhuhu..
Sekarang ni dah tak larat nak gi shopping mall menapak byk2.Sakit kaki dan pinggang.so,pas ni byk beli online jerlah sampai aku beranak nnti.harap2 wishlist utk baby tercapai.


P/S:Alhamdulillah,Eryn dah baik dari demam panas.mujarab jugak lumur air asam jawa kat kepala dan badan dia. Mama windu kakak tau.:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails