Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, January 20, 2014

New bird nest:coming soon..

Assalamualaikum semua..


Pagi ni masa hantar Eryn kat tadika,dia boleh bantai melalak pulak..Nasib cikgu kelas dia yang cantik dan baik tu tenangkan budak bertuah tu.adoii..

Ok,ada yang dah tau pasal our 'bird nest' ni sebab semalam saya dah post dalam fb & IG.:-)

Yup,kami bakal move to new house soon.

Actually before this kitorg mmg tak bagitau sesiapa pun about this hatta kat adik beradik saya sekalipun sebab nak bikin surprise,( family belah hubby dah tau lama dah).
tapi kan as pompuan yang tak boleh nak menyabar,terpaksalah saya reveal jugak semalam..hehehe..

We olls (my hubby) dah beli lama dah rumah ni,about 2 yrs back.tapi projek rumah ni terbengkalai jap sebab syarikat contractor yang developer sub kan projek tu lari.mengong tul..
But now rumah kitorg dah complete 100%,tinggal nak dapat consent dari pihak SYABAS untuk dapatkan CF.pastu baru boleh dapat kunci (according to the developer lah)..

Rumah condo yang kitorg duduk selama ni bakal dijual.tsk..tsk..sedih jugak rasanya sebb rumah condo tu adalah our first house kitorg lepas kitorg kawen dan ada anak.

But we have to moved on..for a better place..kang kalau tunggu lama2 kang,tak terbeli lak rumah landed macam ni,dah ler semua barang dah naik harga.pheww..*kesat peluh*..

Oh,itu jer nak bagitau..chow!







our bird nest..:-)





ni yang saya upload dlm IG & facebook.tengok tu betapa gigihnya hubby saya ukur setiap inci dlm rumah tu.nak jimat kos katakan..hehehhe.:P



Mode: tak sabar nak dapat kunci.:-)



Wednesday, January 15, 2014

2014-First update (Tadika cahaya ummi & anak buah baru!)

Assalamualaikum semua..



Wow!kita dah masuk pertengahan bulan 1 tahun 2014.

sekejap sangat rasanya masa berlalu..anak sulung saya pun dah masuk sekolah (tadika) hehehe,..

Ni nak kongsi pengalaman hantar anak gi tadika for a first time..

Eryn start pegi tadika pada 7/1/2014..Kami decide utk hantar dia ke Tadika Cahaya Ummi,an islamic kindergarten just nearby babysitter's house kat jalan ipoh.Dia kat sana half day jer sampai pukul 12tgh then van sekolah akan transit dia ke rumah opah (babysitter).so dia akan duduk rumah babysitter tu sampai saya ambil dia dan adik dia pukul 6ptg..

Hari pertama hantar dia,dia punya excited mak aii..memang tak nangis langsung.Relaks jer.cuma dia ni pemalu sikit..tak biasa kan..
Day 2:-yang ni mencabar sikit sebb dia boleh bantai nangis melalak2 tak nak gi school,sampai nak tercabut tudung saya ditariknya..nasib baik ada a few teacher (dlm 4 org) tangkap dia bawak dia masuk tadika.cobaan betul..dah ler saya sorg yang hantar dia sendiri,hubby dah naik train gi opis.
Day 3 lak,dia ok sket,just malu tu masih menebal lagi..cuma dah tak nangis lah..

and so on..hari2 berikutnya masih malu sampai sekarang..hahhaa..#aptb.

Oh ye,saya nampak sorg artis yg hantar anak dia kat situ #annengasri.



 Day 1:baru dapat tudung..tengoklah aksi malu dia tu,org suruh pandang kamera pun nan hado dia nak.



 Got her name tag..tapi skrg name dia dh hancuss...sebelah perkataan dah hilang.ko makan ye nak??



 Ni masa cikgu bagi diorg makan.menu dia bihun sup & air milo suam..mmg kesukaan eryn bab2 sup dan milo ni..hehehe



 Semoga Eryn tak nangis & malu lagi ek sayang.mama & ayah selalu berdoa semoga eryn berjaya dunia dan akhirat.amin..




Ni ler anak2 anne ngasri.#cilok dari ig beliau.hahaha.nak bergambar sama den malu..:p





Ini adalah anak buah baru saya.tomei tak??:-)..ni anak kak junai (kakak no.3) saya yang duduk dekat sg besar nun.Baby boy.nama tak ku ingat.baby ni ada 2 org abang yg dah besar..yang sulung dah abis spm,yg no.2 dah form 4..owh,rasa cam dah tua lak saya rasa sebb anak buah dah remaja.:p

Tapi saya lom berkesempatan lawat baby ni lagi.tunggu mr hubby tak bz baru gi lawat dia kut kat umah mertua akak saya kat sg nibong sebb dia berpantang kat sana..



Erm...ada lagi yang nak cerita tapi rasanya belom sampai masanya lagi..tengah menunggu #berita# itu..hehehe..
Kang dah sahih saya kaborkan kan ek..

*Semoga tahun 2014 ni adalah tahun yang lebih baik buat kami sekeluarga.Amin*

Lastly nak ucap salam Maulidur Rasul buat semua eventhough macam agak terlambat jer.:-)


Tuesday, December 17, 2013

focsale & hubby's birthday cum anniversary

Assalamualaikum..


Hari ni dh start FOC (Factory Outlet Carnival) Sale di MATRADE.

Sapa2 nak join,boleh datang start hari ni sampai hari ahad.Macam2 ada...


this is the banner (cilok dlm email):p










Last Friday pulak(14/12/2013),adalah my hubby's birthday dan jugak merupakan our 5th anniversary.kitorg kawin pada tarikh birthday hubby.senang nak ingat date.hehehe..

pejam celik,pejam celik rupanya dah 5 tahun kami mendirikan rumahtangga dan dah ada 2 org puteri yang comels menemani hari kami.
alhamdulillah,syukur kepada Allah subhanawataala kerana masih izinkan kami bernafas di bumi bertuah ini.

nak flashback jom!



 ni adalah momen bersejarah kami dinikahkan oleh arwah abah.sedih sgt time ni.semua family saya nangis.:-(




 Malam berinai.masa ni free hair lagi.:P




 Masa ni tgh seronok berkelah kat FRIM.saya tengah preggykan si budak bertuah Eryn 5 bulan.kurusnye lah aku time ni haih..nangis...



the present...tengok dah naik kan pipi saya,dah macam pau..nyampah tau!


Anyway,to my hubby,happy birthday yang ke tuttt & happy 5th wedding anniversary to us.Semoga Allah terus melimpahkan rahmat ke atas keluarg kecil kita.
We love you daddy till death do us apart.muah..muah!!!!


p/s:tak sabar nak tengok FOC Sale kat bawah ni.Semoga Allah tetapkan imanku agar tidak boros.:-)

Friday, December 13, 2013

hari jumaat yang best!

Assalamualaikum..

tajuk tak hagak2 kan.mentang2 ler esok coti.hehehehe.

Dah agak lama tak update blog kesayangan ni.


Hari ni cam tergerak hati nak update pasal puteri ke-2 & bongsu (buat masa ni) siapa lagi kalau bukan si Amanda.


Amanda is turning 1 yr & 4 months now!how time flies!!

Teringat masa mengandung dia dulu,mmg berbeza sggttt berbanding masa mengandungkan kakak dia.
Masa saya mengandungkan kakak dia,saya kerappp sgtttt DEMAM.Stress sgtt2.
Sampai saya tak boleh dekat dengan org yang selsema @ batuk,hatta si polan batuk dlm 500 meter jer saya dah boleh dapat DEMAM.DEMAM yang bukan biasa2,mmg tinggi.berapa kali admitted sebb kena drip air & antibiotik.
Sekali Eryn lahir jer,kerap sgt dia admitted sbb demam panas sampai umur dia mencecah 3 tahun terus stop admit.alhamdulillah.antibodi dia kira dah ok sket.

Berbalik pada Amanda @ Anne,saya tak kena demam tapi worst yg saya kena adalah BUASIR!pergghh..mmg tak dapat nak bayangkan kesakitan buasir tu (stage 4).dlm masa seminggu jugaklah nak baik.siapa yg dh penah kena buasir time preggy lak tu,mmg tau lah sakit dia.
Lagi satu masa preggykan Amanda ni,saya sukaaaa sgt makan benda yg pedass cth sambal ikan bilis dan kentang (plg favorite).boleh dikatakan everyday gak bawak bekal tu tapi tak penah muak.acaner tu??:p

But saya bersyukur sgt Amanda budak yg sangat2 senang utk dijaga.dlm pantang dia tak meragam langsung sampai sekarang pun sama.very easy to handle.
sgt berbeza dgn kakak dia.Rupa pun lain2,sebab Amanda lebih ikut muka hubby chinese look,kakak dia lebih ke arah mak dia.hehehe..
Anyway,i love them both sooooo mucchhhhh..

Syukur sgt2 dikurniakan 2 org puteri comel dlm hidup ni.

layan jelah gambar ye.Ni semua moment yg amat saya rindu nanti.

Note : Gambar agak banyak dan semuanya gambar AMANDA.
*dah kata nak update pasal adik kan.:p*




 ada rupa cino tak?si sepet




Masa ni kat hospital,Amanda kena tahan ward sebb jaundis tinggi.Punca jaundis sbb Amanda kena Polycythemia.Saya bagi dia minum susu ibu pakai picagari sebb tangan dia kena cucuk.poor my red baby



 Sedap kena urut ngn tok pa.Dari zaman Eryn dulu mmg papa (pak mertua) yg jaga saya dlm pantang.mmg sgt rajin tau.


 Ini masih dlm pantang jugak.keje hanyalah tidooo..mak dia pun keje tido gak.:p



 like this pic.Nampak mcm Eryn tgh berbisik something kat adik dia & adik dia cam paham jer cakap kakak dia tu.



 ni masa baru pas pantang.dh leh bawak si kecik ni kuar.yeay!!



 First time duk dlm mainan ni,dia menangis jugak.takut kut.dah membazir ayah beli dik ooii..#aptb





ni dh besar sket.baru pas kena cucuk pneumococcal.tak nangis langsung.good girl!





 ni gambar skrg.suka main stokin jgk.masa ni selsema.saya syak dia nak tumbuh gigi lagi.




love to read too.:p







Tunjuk apa tu dik?:-)



oh,my babysitter macam manjakan si Amanda ni lebih dari budak lain termasuklah kakak dia Eryn.Tu yg bukan main manja lagi tu.amboii..


#Eryn dah nak masuk preschool (tadika).Mama lak yg over debar2.kah kah kah...
yg tu nnti saya update ek.

tik..tok..tik..tok.. (bila nak 5.30 daaaa)

Wednesday, November 27, 2013

cuti-cuti malaysia:GOLD COAST MORIB...

Assalamualaikum semua...

Last weekend saya gi holiday kat gold coast morib.Memang dah lama plan ngn family mertua.But actually the date saya tak sangka yang ianya jatuh pada hari INTRADE coz adik ipar lambat bagitau date.ater buzy sgt.hehehe...
but before nak pergi tu,Eryn kena demam panas dan cirit birit.So saya terpaksa el jaga dia kat umah.kesian Eryn,melepek jer.nasib makan dia nak lagi even dlm kuantiti yang amat sedikit.Dalam 2 hari tu,bykkk sggtt dia cirit birit,ada nak dekat 20 kali.dan setiap kali dia nak cirit,dia akan merengek minta saya sapu minyak yu yee kat perut.But alhmadulillah,berkat ibu jaga anak sendiri,Eryn mula sembuh hari sabtu.dia dah tak demam,cuma masih sakit perut sikit2.tak de teruk macam sebelum tu.
Unfortunately hari sabtu,adik dia Amanda lak kena selsema.teruk jugaklah.Saya buat remedy taruh minyak bawang putih bawah tapak kaki dan balut ngn stokin.pastu batang hidung dia saya sapu air ibu kunyit.ada nampak kurang sikitlah even masih selsema lagi..
Saya bersyukur sangat plan kitorg berjalan dengan lancar even before that Allah nak uji dengan  kesihatan anak2.
Hari sabtu saya dah siap kemas rumah,pack barang2 sebab plan nak tido umah mertua ngn ipar duai semua.kang pagi ahad senang semua keluar sama-sama.
Hari Ahad kitorg keluar pukul 12 tengahari sebab nak kejarkan bilik ngadap swimming pool.hehehe..tau2 jelah kan kalau pergi time cuti sekolah memang ramai orang.
Perjalanan dari PJ ke Morib mengambil masa lebih kurang 2 jam (sebab singgah kedai mamak pekena nasi kandaq yg hampeh).
Sampai sana memang ramai sangattt org,luckily dari 4 rooms yang kitorg booked,kitorang dapat 2 rooms yang menghadap pool,dan 2 rooms lagi menghadap parking.
Tapi saya dapat yg menghadap pool punya..hehehe
Tapi kan,masa dah dpt kunci bilik nak check-in,bilik kitorg tidak dikemas lagi.terpaksa tunggu bilik dikemas dulu,baru pi turun mandi.Nasib diorg kemas sekejap jer,so tak ada lah stress sgt.hehe
oklah,dah byk sangat bebel ni,enjoy the piccas ok!





 Ni masa baru sampai,Eryn dan Amanda terujer sgt ngan patung santa kat belakang tu.Kalau boleh nak berkhemah depan patung tu.mungkin sebab patung santa tu ada music dan badan dia bergoyang2 bila mainkan sexofone kat tangan dia.:-)
 Ni view dari balcony kitorang..terujer!!


Eryn dan Amanda with their cousin,Khai


Ni masing2 ngn swimming suit masing2.Kalau dah nama anak dara,pink memang tak boleh dipisahkan.:p


Ni Amanda ngn cousin dia jugak (beza umur 6 bulan).Nama budak suka makan ni Shafiy,anak kembar hubby saya


Tak cukup main pool,sambung main buih kat dlm jacuzzi bilik lak.hehehe


Ni gambar sebelum nak check out,kita pekena last mandi.tengok tu,mak budak pun tak nak kalah..hehehe..:p


Bergambar bersama Santa before check out.hahaha..


Ni pun wajib kena bergambar ngan statue merah yang suka senyum ni.

We olls pergi 2 days 1 night sahaja.Eventhough it is a short holiday,we have fun.Bukan senang nak gi holiday ramai2 camni dengan masing2 ada komitmen masing2.

Sekian cerita dari saya.OHHH..Before that,saya terlupa nak bagitau yang malam sabtu tu,we olls dinner (dah tempah lama) kat JUVITA SEAFOOD.Saya dapat tau tempat ni through blog UMI QI.Memang marvelous seafood kat sana.bagi 5 bintang.tapi tak sempat nak snap sebab masing2 kebuluq,makan memang tak pandang kiri kanan.hahahaha..


Next trip,nak try LEGOLAND lakkss..:-)

Sunday, November 17, 2013

sen heng sri petaling



Assalamualaikum...


Lama dah tak update ek.bz sket.hehee

Ni citer semalam,fresh lagi ni.

Semalam saje gi usha electrical items kat Sen Heng Sri Petaling ni.My hubby dpt info dari FB yang diorg buat markdown salesss!!bersinar2 mata ni ha tgk flyer kat bawah ni




 Paling tak tahan bila tengok harga fridge ni (eventhough dah ada side by side fridge kat umah),tapi macam tak puas ati naper lah murah bebenor harga dia ni.cun lak tu.650L lak tu.aduii.

Tapi tak de rezeki kitorg nak beli barang kat situ sebab almost barang SOLD OUT ye u olls!
ini menunjukkan betapa murah nyer harga yg sen heng ni tawarkan.

Tauke kedai tu cakap sebb diorg nak pindah location,tu yg diorg malas nak bawak banyak barang.



oklah,tu jer nak cakap.masih bersedih tak dapat beli apa2 semalam.tsk..tsk..


Entry diakhiri dengan anak dara ku yg semakin pandai bergaya sekarang.outfit dia dari kepala sampai kaki dia choose sendiri.ni belum sekolah lagi ni adeii...



Sofea Eryna a.k.a Eryn.Amboi dalam lift pun sempat posing ye nak.:-)


 Sofea Amanda.Budak ni langsung tak pandang org dah.Masuk kete jer terus kroohh..kroohh.:p



ok,tammatt..




Monday, November 4, 2013

lawak KAMPUNG..

Assalamualaikumsemua..


Hari ni i is keje u olls.jeles pada yang still cuti tu.:p

Rindu ngn budak berdua tu.

tengok jelah lawak petang ni ek.(bosan punya pasal.hehehe...)



Tak agak2 nak beli kampung.adeiii.:p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails