Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, December 18, 2011

Aquaria KLCC

Semalam tetiba hubby plan nak bawak Eryn gi Aquaria KLCC.So,geraklah kami kat sana,ater Eryn mmg suka tgk ikan.Tapi semalam Eryn jadi takut sebab ikan2 tu semua besar dari dia.Sampai sekarang bila kitorg tanya "Eryn,nak tgk fish lagi tak??".Eryn pun jawab "Nanak..nanak..nanti fish gigit..aumm..".hehehe..

Oh,gambar agak banyak.Memang enjoy betul.Dengan mak bapak sekali terujer.:p










 tu cicak gecko.gambar blur sket.













 ikan ni mcm batu.diam jer kat situ..



















 sibuk menunjuk fish..



 pari

 ikan pari ni kalo dibuat masak lomak cili padi sodap ni.mau makan tujuh keturunan tak abih.hehehe.

Jangankan ikan,patung ni pun dia takut.adeii..

















 ikan ntah apa ntah nama dia.luper daa..

 rangka gigi shark

 ni lupa nama dia.nampak mcm umang2.

 jellyfish



 ular laut.

 fire shrimp.very rare species..

 seahorse


and lastly,..



muka budak yg puas ati dpt tgk fish walaupun ketakutan dgn muka dan saiz fish2 tu.


Mmg recommend sgt2 kalau bawak anak2 gi sini terutamanya time cuti sekolah ni.banyak yg diorg boleh pelajari ttg hidupan laut di sini.
utk lebih info ttg ticket rate,boleh lah log on to their website : http://www.aquariaklcc.com/visitor-info/admission-fees

Thursday, December 1, 2011

indoor theme park first world plaza genting & visit anak buah baru..

Assalamualaikum semua...


Lama giler rasanya tak update.rindu der.
Ni nak citer pasal aktiviti kami last week.Hari Sabtu lepas we all gi Genting Highland Resort.Bertolak pas zuhur,sampai sana dlm 1 hour +.dekat mcm kat belakang umah jer.hehee.sampai sana terus beku.kabus tak hengat u olls.siap angin kuat lagi.seriau i.
nasib main dlm indoor theme park bukannya outdoor sebab eryn kecik  lagi,tak leh bawak dia gi main mainan yg adventure kat luar nun.tunggu eryn dah besar cam 6 tahun tu baru leh bawak dia gi main outdoor park sbb indoor theme park ni mmg nan hado.dah ler mainan seket pastu tak adventure langsung.adei,melepas nak naik rollercoaster dan corkscrew.takpe,takpe..yg penting quality time ngn family tu.hehehe..



bosan giler naik menda alah ni.lembab.pastu satu pusingan jer.nak tunggu berjam2.

tapi muka Eryn tetap mantain.
yg ni pun sama.warna dia jer colourful











Mainan baru under construction.





Dalam Ripley's ni ada muzium dan rumah hantu,tapi we olls tak masuk sbb Eryn takut.bergambar sajelah.

eryn takut ngn patung ni.dia peluk i kuat2 ok.hahaha..

Amek gambar ngn replica transformers sebelum balik.perhatikan senyuman Eryn.chicky betul!

 Dan ini adalah bukti bahawa cuaca di Genting amatlah berkabus dan sejuk giler babas punyer.tgk jelah diorg main.



Then,esoknya hari Ahad we olls gi visit my sister Thalia di Alam Sari Bangi yg dah selamat melahirkan baby boy nyer yg super comel,montel,bambam dan kulit bagai telur dikupas.ni yg buat i tak sabar nak preggy balik ni.hehee..:p

 The baby.Rizq Irfan Bin Mohammad Fadzillah.geram giler ngn pipi dia tu.rasa nak ricih2 wat sup..hahaha..


 my sis Thalia dan baby boy nyer.

 ambik berkat wey.mana tau.huhuhu...


 romantis tak?..silalah muntah sekarang..


 Cousins.

 Thalia & Hubby.

 Kasih ibu..




p/s:Dah decide nak buang tonsil Eryn yg semakin membesar tu.mudah2an segalanya berjalan dengan lancar.Amin...


Sunday, October 16, 2011

rindunyer....





Ya Allah,besar sungguh dugaan yg Kau berikan pada kami.Jujur saya cakap,saya mmg setiap hari dan saat teringat jer memori bersama abah dan emak dulu2 sampailah diorg menghembuskan nafas yg terakhir.
Tengok pulak cerita 'Bawaku Ke Syurga' hari sabtu lepas lakonan Fasha Sandha dan Fiza Elite yg mengisahkan ttg doa seorg ibu yg makbul samada yg buruk dan yg baik.Part paling touching bila tgk Fiza Elite tu peluk mak dia bila keluar dari penjara.Seriously,teringat muka mak.Sedih..sedih bila dh tak dpt peluk mak dah macam dulu2.Bila teringat,mulalah air mata ni jatuh berlinangan.


Abah,mak..Kami semua sayang sangat pada mak dan abah.Tak sangka sekelip mata jer abah dan mak pergi meninggalkan kami.
Masa time balik rumah Meru dulu,mak rajin sgt masakkan masakan kegemaran kami.siap tau apa anak dan menantu dia suka makan.Sampai byk yg terbuang sebb makanan byk sgt.paling best bila bulan puasa.
Sekarang,semuanya hanya tinggal kenangan.kami semua hanya mampu menumpang kasih kat mertua masing2 dan ibu dan bapa saudara sebelah mak sebb rapat ngn mereka.Mereka juga yg banyak bantu semasa majlis tahlil dan arwah tempohari.Kalau harap kami jer 8 beradik,rasa nya mmg tak terbuat majlis tu.

Al fatihah buat arwah mak dan abah.Semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.Amin.:-(


Suka dengar lagu ni,'Ayah & Ibu' dari Allahyarham Sudirman:-


Ayah  Dan  ibu
Itulah  permulaan  kami
Dapat  melihat  bulan  Dan
Matahari
Ahai
Yang  dikurniakan  dari  ilahi
Ahai
Ayah  Dan  ibu  lah
Mesti  dihormati
Ayah  Dan  ibu
Wali  Dan  juga  keramat
Pada  mereka  kita  beri  hormat
Ahai
Bagilah  tunjuk  ajar  Dan
Nasihat
Supaya  hidup
Supaya  hidup  kita  akan  selamat


Pada yg masih ada ibu dan ayah tu,hargailah mereka semasa mereka masih hidup ini.

Thursday, October 6, 2011

good luck iwan!

Assalam semua..

Hari ni start keje balik pas semalam EL disebabkan hubby kena demam panas kerana tonsil yg membengkak kat tekaknya.Haruslah saya sebagai isteri mithali (eceh) mengambil cuti kecemasan untuk menjaga beliau dirumah bersama anak dan adik perempuan yg tengah carik keje kat umah.
berbalik pada tajuk diatas,pasti korg pun tertanya2 siapa dia iwan tuh kan?kan?..huhu...iwan adalah adik hubby saya yg paling bongsu merangkap adik ipar saya jugaklah kenn.dia ni baru berumur 20 tahun dan sekrg tgh melanjutkan pelajaran di mesir ambik medic.bakal doktor ni.hehehe..dia gi belajar sana selama 7 tahun kalau tak silap saya.best betul org yg belajar tinggi2 ni ek.saya ni takat ambik diploma tapi tak sampai 2 semester dah tak de sambung dah.long story.ok,jom layan piccas.masa ni mmg menguji tahap kesabaran dan keimanan saya sebagai seorg ibu kepada anak kecil.mana taknya,kitorg tunggu kat KLIA tu selama 6 jam sebelum Iwan kena check-in .( kitorg sampai pukul 2pm) suppose check in pukul 5.30pm tapi kena drag check-in pukul 8pm disebabkan masalah teknikal pihak pengurusan pelajar2 medic ni.huh..memg rasa cam nak maki jer diorg tu.tak profesional langsung buat keje.


  kiri maklong dan mama.mama ada 2 org adik beradik.:-)


 mama dan anak kesayangan.:p


 ni masa kat food court mengisi perut.ater lama sgt menunggu nak check in.


 tulis jgn tak tulis.


 tok pa yg rajin melayan kerenah 3 org cucu kesayangan ni.:p




good luck iwan.semoga balik membawa kejayaan dan dapat membanggakan mama dan papa yg banyak berkorban untukmu.


p/s:tak sabar nak balik umah mama,nak tgk baby khalesya yg cute tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails