Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, November 4, 2012

i'm backkkk!!!!

Assalamualaikum...



pergh,lama giler x jengah blog kesayangan ni.Almaklumlah baru start work after 3 months confinement yg heaven bersama 2 org budak kecik yg comel dan keletah.

Mesti ramai nak tgk my new baby girl (2nd girl).check it out!


 fresh keluar dari perut after 1 hari 1 malam bertarung sakit contraction sorg2.sob sob..


 kena letak bawah lampu sbb kena jaundis yg tinggi.yg ni akan diceritakan jap lagi kenapa dia kena jaundis.


 at 44 days.


 sekarang.3 bulan


kakak Eryn dan adik Ann


Kronologi bersalin Sofea Amanda:-

Isnin (6/8/2012)

Saya start keluar show darah masa 6/8/2012 pukul 5 ptg.time tu masa nak gi toilet nak shishi.cuak gak time tu.nasib barang semua dah packing dan hantar umah mertua.mak kertua advise jgn puasa time tu sebb takut nanti takde tenaga nak teran dan time tu mmg rasa mild contraction dah.hantar eryn umah mertua then terus gi PPUM.
Sampai kat hospital,terus kena salin baju dan gi labour room sebab doctor nak check bukaan.Cuak giler seh.time ni dia bagi ubat berak dulu then terus check contraction dan kena seluk.doctor cakap baru 1cm.
Tapi doctor tak bagi balik dulu takut kang terberanak kat umah.almaklumlah ni 2nd child kan.
so saya pun kena berkampung kat wad bersalin malam tu.bosan giler.dah ler panas nak mampuih sebb aircond xde rasa.rosak kut.


Selasa (7/8/2012)

Saya contraction makin kuat tapi leh tahan lagi.asyik ulang alik bilik air shi shi dan poo poo.Mcm comel jer perkataan poo poo tersebut.:p.
Doctor dan doctor2 pelatih (lelaki dan perempuan) datang seluk lagi.malu mak encik sebab jadi tontonan ramai.nasib ler yg seluk tu doctor perempuan yg cantik.huhu..time tu dah 3 cm.
So,doctor decided supaya saya ditransferkan ke labour room utk dipecahkan air ketuban.kena jalan kaki ikut nurse gi labour room tu sbb nurse kata nak cepatkan bukak jalan.
Time ni my nightmare begin...
After diorg put ctg machines on my stomach,datang ler ramai2 doctor pelatih.dan saya dapat doctor pelatih lelaki yg sgt muda okeh!handsome gaklah.hahaha..tak agak2..
doctor tu di accompany oleh seorg senior doctor cina pompuan.dia ajar doctor tu cane cara2 nak pecahkan ketuban.Very the sakitttttttttttttttt.....i tell you.rasa dia mcm kat dlm perut kena hiris2 ngn benda tajam.aku menyumpah doctor tu sampai sekrg (tapi sumpah dlm ati jerlah).saya pegang tangan nurse kat dlm tu (sebb husband tak dibenarkan masuk teman isteri) sampai nak patahlah tgn dia.maap yer kak.huhu..
Pas dah pecah ketuban tu,oleh kerana sakit sgt,saya menangis tersedu2 merayu kat doctor utk ambik epidural.
Nasib doctor senior pompuan (melayu) bagi sbb dia tgk saya tak tahan sgt.rasa contraction semakin sakit.masa ni mampu mengucap jelah.tunggulah doctor anesthethic dtg nak cucuk epi kat tulang belakang ni ha.
Pas dh ambik epidural,saya masih lagi rasa kesakitan contraction tu.rupa2nya doctor anesthethic tu ckp dia bagi dos yg very mild sbb dia taknak saya tak leh nak teran.then dia kata bila dah 9cm nanti,dia akan stopkan epi utk bagi i rasa sakit nak beranak.Adoii..kalau ku tahu baik takyah ambik epi time tu.sama jer sakit dia.
saya mintak pain killer lain.pun tak de rasa different.sakit jugak.diorg bagi gas ethonox utk kurangkan sakit.pun tak berkesan.
air mata dah bercucuran turun mcm banjir kat dlm labour room tu.serious,masa ni hanya ingat Allah,suami dan arwah mak.memang rasa dah nak 'pergi' dah.
tengah sakit menahan contraction tu,saya rasa kehausan sgt2 macam kat padang pasir.minta kat nurse air.dia bagi air masak yg baru dimasak sbb air suam takde.saya terus teguk camtu jer.
mmg tak kira dia panas ke,sejuk ker..
Dari pagi menahan sakit sampai malam (pas dah berbuka) saya tak dpt tido.rasa pinggang mcm kena patah2 dan kat 'bawah' tu dah terburai etc.saya punya air mata takyah nak ckplah.
sampai nurse india yg tgk saya panggil doctor utk check bawah samada dah full ke belum.
Bila doctor check,dia terus terkejut sebb dah nampak kepala.
Saya pun disuruh utk meneran.after 2,3 kali push (sampai dah takde napas),baru ler keluar si kenit kat atas tu.
fuhhh...lega..saya minta tlg nurse kol kan hubby suh azankan baby.nurse lupa nak kol sampai my hubby yg kol hospital tanya dah bersalin ke belum.baru hospital bagitau hubby yg saya dah selamat bersalin.
Hubby marah gaklah sebb lambat bagitau dia.hubby sampai kat hospital pukul 9 lebih.time tu saya baru nak disorong ke ward bersalin.

Rabu (8/8/2012)

Ingatkan dah boleh discharge.rupanya sangkaanku meleset sama sekali.
Nurse pelatih check my baby Ann.dia kata kulit Ann sangat merah macam udang kena bakar.so diorg pun ambil darah Ann dan ckp Ann kena polycythemia (terlebih darah merah).
Ini semua disebabkan nurse yg kat labour room tu lambat potong tali pusat Ann,so darah dari tali pusat tu mengalir masuk dlm badan Ann.
Dan kerana polycythemia tu,Ann kena ditahan di ward sebb kena jaundis yg tinggi.
berkampunglah saya kat ward selama 7 hari 6 malam.
Tapi alhamdulillah,Ann dah ok sekarang.dia kuat minum susu.sekarang dah campur ngn susu formula.

To Ann,mama harap Ann membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah ek.sayang anak2 mama.

Huish,panjang betul kan citer saya bersalin ni.:-)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails