Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, May 21, 2012

hidung berdarah

Lately ni selalu hidung berdarah..
tapi tak ler sampai menitik-nitik tik ...tik... tu
tapi tiap kali nak hembus hidung pagi2 masa mandi tu kompem darah akan kuar bersama ngn 'bahan buangan' tadi.
nape ek?masa time Eryn dulu takde lah pulak hidung ni berdarah bagai.
Tapi bab sembelit dan kaki cramp tu mmg dh biasa.
Dan sekarang amatlah sukar nak lena malam2.sebb bila time tido wether mengiring ke kiri dan nak tukar posisi ke kanan amatlah seksanya.Itu belum lagi kalau tido menelentang.Tulang belakang,pinggang dan peha akan sakit sgt.
Sama jugak bila duduk lama2 kat kerusi,time nak bangun siaplah.jalan dah macam penguin sebb menahan kesakitan yg menekan kat tulang punggung dan pinggang.
Ni belum masuk 8 ke 9 bulan lagi nih.hohoho..
Time Eryn dulu,masuk 8 bulan jer doktor bagi mc sebulan sampai bersalin sebb saya dh tak larat nak membawa perut walhal org tgk tak besar mana pun.
takpelah,janji adik(panggilan utk baby) sihat walfiat dlm perut mama ek.
Dan mintak2lah saya selamat bersalin secara normal sebb nanti nak kena pantang kat umah sendiri after 44 days kat umah mertua.Lagi mencabar sebb nak handle si kakak lagi.
Ya Allah,Kau permudahkanlah segalanya.Amin...

Thursday, May 17, 2012

birthday Khai

Hari ni kaki kena cramp lagi.2 kali dah sepanjang pregnancy ni.Nasib tak macam masa mengandungkan Eryn dulu.Bape puluh kali kena cramp sebb utama malasssss nak minum susu.hahhaha..

Ok,ni citer dh basi dah.12hb ari tu buat birthday kecil2an untuk anak buah my hubby iaitu Mohd Khair yang ke-8.Birthday dia 11/5.Ni sambut jugaklah sekali ngn birthday saya yg ke '28' tahun.
Ye,saya tau saya bakal menghampiri 3 series lagi 2 tahun.dah tua rupanya aku ek.Tak ada apa yg menarik cuma potong kek dan bagi hadiah kat anak2 buah jer Sara dan Khai.Yang si Sara punya dah lepas (bulan 4) tapi tak sempat nak bagi hadiah tu yg sekali kan ngn Khai tu.




 Birthday boy yg happy dpt kek.apa kes jelir2 lidah?:p


 kek yg simple dan comel jer.Budak2 kalau tak minat angry bird mmg tak sah


 Eryn pun tumpang sama nyanyi lagi hepi birthday.


 Anak aku yg melebih2 haih.sabo yer nak,birthday awak lambat lagi.


 Khai,Khalesya dan Sara


Mak buyung pun nak entreprem.bulatnyer pipiku haih.



p/s:tgh tunggu apa hadiah yg bakal hubby bagi.Boleh request new ipad tak??huhuhu..

Tuesday, May 15, 2012

WW-Samsung Smart TV Led 3D

Alhamdulillah,tak termimpi dpt beli tv baru tahun ni.Thanks to adikku Mail sebb sudi beli tv lama tu.

Wednesday, April 18, 2012

rindu ketembunan eryn

Masa ni Eryn 5 Bulan.Rindunyer saat ni.dah lama x pegang baby.coming soon insyaallah.








Sekarang Eryn dah besar dan insyaallah tak lama lagi dia dah nak jadi kak long.


p/s: Boleh tak anak kita x besar2 dan duduk bawah ketiak kita 24 hours???.hehehhe..berangan..

Thursday, April 12, 2012

kesinambungan entry 'tak sabar mode'

Assalamualaikum semua..

Ingat tak yg ari tu ada saya buat entry tak sabar mode.
Ok,kisah ni ada pahit dan ada manis nyer.

2 weeks ago,saya dan hubby gi kedai perabot sebab nak beli almari baru.Ater almari lama dh cam tak muat untuk menampung baju saya dan hubby.sikit lagi nak runtuh tempat hanger baju tu.
So alang2 hubby ada rezeki lebih,kitorg pun ushar lah sekali tilam dan katil king size.
Kitorg purchase semua barang2 tu kat kedai perabot Yana Home Design Sdn Bhd kat sebelah kedai perabot Cavenzi di ampang.
Malangnya time penghantaran hari sabtu,diorg ckp diorg hanya leh hantar katil dan almari saja sebb tilam yg kitorg order tu masih dlm proses kat kastam sbb kitorg beli tilam import dari US.
Ok,fine.kitorg pun senyap jelah sebb diorg janji nak antar hari isnin.tapi bila sampai hari isnin,diorg kata tak sempat laks.So kitorg dpt tilam tu ari selasa.
Oleh kerana diorg tak tepati janji,kitorg dpt free gift dari diorg sebagai tanda maaf kerana lewat penghantaran.sejuk sket hati mak.huhuhu..

ni ler tilam yg kitorg duk tunggu2 tu.



 tilam yang mencetuskan kontroversi antara kitorg dan owner kedai perabot tu.huhuhu..


 ni ler almari 8 kaki tu.kitorg pilih fully cermin sebb nak ruang bilik nampak lebih besar.


 letak kat bilik eryn.


 ni ler gift yg kitorg dpt.hehehe.wall clock


dah selamat digantung kat hall.yg clock lama tu letak kat dapur.



p/s:tak sabar nak tunggu next month beli barang2 baby.

Wednesday, April 11, 2012

rindu gilerrrrr ngn ini budak

busyuk masham mama.my big baby.

dah beli set bersalin

assalam semua..

Lagi 2 minggu kandungan saya nak masuk 6 bulan.So,saya rasa ini the best time utk purchase my confinement set.Pilih punya pilih,akhirnya saya berkenan sgt ngn set Tanamera Postnatal yg duta dia si Serina Redzuwan tu.
So,semalam saya,hubby dan si kecik eryn tu gi lah kat tempat diorg which is a bungalow house in Kelana Jaya belakang jer ngn Sime Darby Medical Centre.
Saya jumpa ngn Pn Rosnah,dealer utk product tu.Suppose gi kul 11 am,tapi terlewat sket sebb gi shopping dulu kat Mid Valley.Menyempat lagi tu.hehehe.
so,saya pun sampai kat banglo Pn Rosnah dlm kul 12.30 tghari,time tu semua ahli keluarga dia berkumpul utk lunch time.malu den.tapi redah kan jugaklah.
Dia amat baik,siap terangkan secara terperinci cane nak pakai product2 tu semua which is saya rasa tak susah sgtlah dan yg paling penting semua ingredient dlm product tu natural & not harm for baby.
Ada barang2 dlm set ni boleh pakai time mengandung contohnya mcm VCO (Virgin Coconut Oil) utk menghilangkan tanda2 stretch mark kat peha,perut dan punggung dan kalau yg ada masalah constipation yg teruk,leh ambik sesudu kecik minum,insyaallah 'hasil pembuangan' akan lawas.Yg VCO ni memang amat sesuai ngn saya sebb saya ada stretch mark yg teruk dan huduh di perut dan pinggul semasa mengandungkan Eryn dulu.begitu jugak ngn masalah sembelit.memang nightmare.huhu..
Yang paling saya tertarik semalam,Pn Rosnah tu siap tunjuk sms dari one of her client yg consume VCO dan sapukan kat kawasan perineum before she gave birth.Org tu sms ckp dia punya delivery very smooth,tak lama.dan paling best dia tak kena jahit satu pun sebb tak koyak & without any drug.Impress jap.Itu yg paling saya nak sekali sbb time Eryn dulu tuhan jer yg tau cane rasa sakit kena jahit tu.

so,nilah rupe set tanamera tu:-



 Kotak luar dia.


 Dalam set ni ada 11 barang termasuk bengkung.


 Pn Rosnah tu advise beli 2 botol VCO ni sbb byk kegunaannya time preggy dan selepas bersalin.


Dalam set ni jugak ada keterangan cane nak guna product2 ni dan apa ingredient yg digunakan.So kalau tak ingat,leh rujuk kat sini.



Total satu set saya beli rm394.00 (termasuk penambahan VCO yg berharga rm34.00 satu botol).

p/s:Harap2 saya cepat recover dengan bantuan set ni pas bersalin nanti.Amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails