Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

flash back...

Assalamualaikum...


Lagi 6 hari dah nak raya.
Lagu raya makin kerap dimainkan di radio2..

Makin kuat juga kerinduan saya pada kedua2 arwah abah dan mak.

Throw back 2 years ago,masa tu arwah mak dan abah masih ada.

Mak sibuk masak juadah ketupat,nasi impit,kuah kacang,lodeh,rendang kerang (yg ni mmg wajib dan feveret kami adik beradik) dan nasi lemak.
Masakan mak mmg sedap sgt.tapi tak tau kenapa,masa raya tahun 2011 lepas,masakan mak macam ada yg tak kena.tak seperti biasa.:-(.(masa ni abah dh pergi dulu bulan 6).....
Mak punya perangai bertukar jadi sensitif sangattt..sampai ada satu hari tu (masa ni saya tak ada,adik saya yg cerita),mak kata dia teringin sangat nak makan kat kedai 3 ringgit (kedai ni dinamakan kedai 3 ringgit sebab org yg jual makanan tu charge semua makanan dia dgn harga rm3 sahaja tapi kuantiti makanan tu byk sgttt).

Kebetulan time tu kedai tu tutup.So,adik saya suggest mak makan kat tempat lain.tapi mak refuse.dia nak jugak makan kat situ sampai membebel2 ckp dulu time kitorg adik beradik nak makan apa pun dia akan carikan jugak.Pastu dia menangis beriya,teresak2 macam budak kecil.

Serius,tak penah nampak mak perangai camtu.Selalu dia mmg x makan sgt dan x heran ngn makanan2 ni.
adik saya yg tak menyedari (sign mak nak 'pergi),marah kat mak sebab x faham.

Air mata saya dh bergenang dah ni..tsk tsk..

Saya ingat lagi mak sempat masak kan saya dan suami nasi lemak before kitorg beraya kat johor sebelah mertua pada hari raya ke-2.masa tu mak beriya suh saya makan dan bagi suami saya makan kenyang2.

Dan itulah kali terakhir mak boleh masak.pastu nafas dia nampak penat.tambahan dengan batuk lagi.
dia banyak berehat dan solat atas katil (sebb kaki tak mampu nak berdiri lama2 akibat kencing manis)

Yang arwah abah lagi sedihhh..

Masa sebelum dia nak pergi tu,dia ada mengadu ngn kami yg mata dia tak leh nampak org kat sebelah.
Means that dia hanya boleh nampak objek di depan jer.kalau ko duduk kat sebelah dia,dia x perasan.

Pastu slowly,dia ckp pelat.
Then dia akan kejap2 tanya dh masuk waktu ke belum?/
kitorg pun hairan sgt sbb abah tak penah cenggini.
Yang paling x leh lupa adalah abah byk kali minta maaf kat kami anak-anak dia sebab dia dulu penah pukul kami masa kecik (sebab nak mengajar,kami kecik nakal sket).
BERIYA-IYA dia minta maaf sampai nangis teresak-esak.
Mungkin Allah nak tutup pintu hati kitorg (sebb kitorg langsung tak terfikir yg arwah akan pergi secepat itu).
so kitorg wat cam biasa je lah,ckp "dah lah abah,mana ada abah buat salah pun"

Sehari pastu dia terus jatuh sakit.muntah banyak sgt dan xleh telan makanan.dia dibawa ke hospital.anehnya doctor check,dia kata abah tak sakit apa2 pun (xleh detect).so adik2 saya pun bawak dia balik.
bila dh sampai umah,lagi worst keadaan dia.
dia tiba2 tak leh berjalan.dia hanya dapat mengesot jer.
adik saya pun panik,terus bawak ke hospital.
kali ni doctor kata abah kena strok..
strok ni amat cepat merebak.bermula ngn kaki,pastu terus menjalar ke tangan,then terus ke otak.
masa dah sampai kat otak,time tu abah dh nazak dah.
tapi alhamdulillah,kami semua adik beradik sempat jumpa dia buat kali terakhir dan bisikkan ke telinga dia utk dia mengucap walaupun mata abah dh tutup dan x nampak kami dah.
Bila time adik saya yg bongsu bisik kalimah syahadah ke telinga abah,kami nampak dada abah yg berombak tadi tiba2 terhenti.
Masa tu saya rasa dunia ni berpusing dan sayu sgt rasa hati ni sebab rasa x sempat nak menghabiskan waktu bersama dgn abah berbanding ngn mak.
Masa kitorg kecik2 dulu,kitorg takut sangat ngn abah.sebab dia garang
Wat salah sket,kena marah,kena rotan etc.mana tak takut.
so kitorg lebih rapat ngn mak.

Bila mak 'pergi',lagilah kitorg sedihhhh!!!Rasa dh xnak hidup dah..
ye lah,dah le abah meninggalkan kami bulan 6,tup tup bulan 9 dlm TAHUN YG SAMA mak pulak pergi.
mmg satu tamparan yang maha hebat yg Allah beri pada kami.
Masa tu rasa tempat bergantung kitorg dh x ada (walaupun dh berkahwin dan ada anak).
sebb semua masalah ke,apa ke kitorg akan luahkan kat emak.
dan mak akan jadi pendengar yg setia.

Masa wat kenduri arwah,masing2 buntu sebb selalu bab kenduri2 ni,mak yg akan jadi ketua dan masak.
kitorg tolong sket2 jer.byk ngelat.
nasib baik saya ada kak ngah yg pandai masak dan kak ipar yg rajin dlm bab ni.

Sedihnya bila ingat balik..
tapi masa tak akan kembali walau kita nangis air mata darah sekali pun.
yg pergi tak kan kembali lagi.kita jer yg kena tunggu ajal untuk bersama mereka.

Bermula tahun 2012,saya hanya akan beraya di sebelah mertua di Muor sahaja.dah tak ada Meru,Kuala Selangor,Kg Kuantan etc..
Tapi saya bersyukur at least mertua ada lagi.kalau mertua pun tak ada??mmg melopong je lah kat kl ni.mmg tak rasalah rendang ketupat bagai.


Ya Allah,kau tabahkanlah hatiku dlm menghadapi ujian dari Mu ini.

Semoga kau rahmati roh kedua ibu bapaku dan tempatkanlah mereka dalam golongan org yg beriman,golongan ahli syurgaMu.
Sesungguhnya kami amat menyayangi arwah.:-(

Sori guys,entry ni adalah luahan perasaan yg terbuku kat hati ni.

saya nampak je gembira,tapi dlm hati ni tuhan je yang tahu.

Next entry,saya nak wat publish persiapan raya kami pulak.

Ada org kesah ker??

hehehheehe..


Wednesday, July 24, 2013

turn mak pulak x sihat..

Assalamualaikum


I hate cough!

Aku start x sihat dari last week,hari isnin...
Actually ari ahad sebelum tu,aku mengemas rumah sebb rumah dah siap (nanti aku show off rumah raya,ecehh..rayalah sangat.:P).alhamdulillah.
Time mengemas all out tu (basuh lantai rumah,mengelap kipas,lampu,basuh cadar,basuh langsir etc etc..).fuh..badan rasa dh lunyai dh.aku dh dpt rasa tekak cam perit-perit sikit.tapi aku wat bodo jer.Budak2 terpaksa drop kat umah babysitter sebb taknak diorg kena habuk bagai.
Tup-tup ari isnin masa gi kerja tu,aku dapat rasa badan cam seram sejuk dan tekak perit giler!!

Bertahan sampai kul  1 lebih,then terus gi klinik tingkat 4.sementara tunggu doctor sampai,aku pun rest jap kat katil dlm klinik tu sebb aku rasa aku demam dan kepala sakit yg amat!berdenyut2,pandang org pun berbalam2.

Pastu doctor Su pun datang dn check temperature.rupanya aku mmg demam panas.38 degrees.
Time tu puasa lagi,tapi after pukul 3 ptg,aku dh mmg tak tahan sangat.jalan pun terhuyung hayang & doctor advise utk berbuka (makan panadol).

So,disebabkan aku takut xleh drive,aku pun menurut perintah doctor.terpaksa k!tinggal puasa aku satu ari.
Esoknya dpt mc.

Dan sampai ari ni still batuk dan selsema tak hilang2.malu dah aku kat kaunter ni org lalu lalang tengok sebab dengar aku batuk teruk!adeii..nak communicate ngn org pun x leh sgt.asal bukak mulut jer,batuk.sampai terkucil2.sadis tol..:-(

Tambah2 lak sejak batuk ni (dari last week),aku langsung x leh tido malam sebb asal mata lelap jer,batuk..tension!!sampai dh nak waktu sahur,teruskanlah masak then tak tido2 sampai waktu gi keje.

stress!!

dah,ni jer nak bagitau.

Ya ALLAH,kau berilah nikmat kesihatan pada hambamu ini.semoga aku cepat sembuh..amin..












Monday, July 8, 2013

si kecik Amanda lak tak sihat

Assalamualaikum....


Hari ni baru naik keje setelah semalam el jaga si kecik Amanda.Dah 2 malam x dpt tido lena sebb budak kecik tu asyik nak melekat jer kat badan mama dia ni.
Dia bukan takat demam jer,tapi selsema teruk dan mata dia ada macam kena infection (nanah keluar daripada ketumbit kat mata kanan dia) saya agak sebab panas dalam kut.
Poor my baby.ari ni pun still demam but tak sepanas semalam.So saya tawakal jer antar kat umah babysitter ari ni.
Semalam bawak jumpa paed,kena gak ambik antibiotik.kalau boleh mmg nak elak,but doctor kata kalau tak ambik nnti lagi lambat baik.(sebab tekak dah merah & hidung dh blocked abis).huhuhu...


 Muka budak tak sihat


Sibuk nak keluar car seat.jgn harap ye nak.duduk diam2 sampai hospital ..

Hopefully Amanda cepat sembuh.Mama,ayah dan kakak Eryn sayang kamu.



P/S:balik ni tak sabar nak tgk progress umah.Apa khabar ler tiles aku tuh.Cepatlah siap.amin..

Thursday, July 4, 2013

Progress rumah....bila lah nak siap ni!

Assalamualaikum..

Hari ni tergerak hati nak update pasal rumah i kat jalan ipoh-CASA IDAMAN tu.

Well,my house sekarang tengah dlm proses tukar tiles baru dari hall sampai ke dapur.

Sebenarnya i kena tukar semua tiles tu sebab mulanya ada satu tiles crack kat bawah karpet kat hall.
At first we thought it's NOT a BIG DEAL lah kan.

Suddenly tak lama pas tu,sambung lak tiles lain retak.Pastu yg bikin SERAM lagi adalah the moment i pijak jer one of the tiles tu,rasa mcm 'kosong' kat bawah tiles tu.isskkk..susah lah nak terangkan,.tapi itulah yg berlaku.

Kemuncak dia yg buat kitorg laki bini decide utk tukar tiles tu semua sebb one day i mcm biasa balik umah dulu ngn anak2 (my hubby o.t).

time tu i tgk tv.tgh syok2 layan kartun (join eryn tgk kartun Jack & The Neverland Pirate),tetibe dgr bunyi MELETOP!! PANGG!!!.

I punya terkejut,ingatkan Anne jatuh ker.

Rupa2nya i tgk ada 2 tiles kat sebelah tv meletop dan pecah dua!

Menggigil gak tgk dan risau yg amat,sebb takut serpihan tiles tu masuk kena kat kaki both of my daughters.

La ni,tgh tunggu kontraktor siapkan umah tu while kitorg sekeluarga menumpang jap kat umah mertua (have no choice,nasib mama ada.:-))..

Nak tgk tak rupe tiles yg crack tu??





Inilah ruper tiles yg meletop tu..kalau diperhatikan,nampak tiles tu terbelah dua..tskkk...tskk..



yang ni masa mula2 tiles tu 'roboh'..sadis tol..



Mula2 kitorg ingat nak tukar tiles yg bermasalah ni jer.Tapi kontraktor tu kata better tukar semua tiles ni sebab kang dia akan effect tiles yg lain.
So terpaksa bertabah menunggu agak lama utk nak masuk umah balik.
Yg buat tiles ni plak sorg jer sebab kontraktor tu ckp dia tak cukup org.
dan paling membengangkan adalah..tetiber jer org yg buat tiles tu masuk ward sebab sakit!!..waaaa!!!

Hopefully sempat siaplah before ramadhan yg just around a corner.Sebab kang nak kena kemas lagi,mop,vakum,alih perabot,baju bajan etc ..bla bla bla...
Penat giler oohh...




yg ni nak bubuh kat pintu masuk sebab tiles kat situ pun dah crack..

p/s:Tengahari ni nak intai progress rumah tu.Tak siap kalu,mmg kena zikir lah kontraktor tu ngn aku..:p





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails