Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, December 2, 2012

my bro's engagement day

Assalamualaikum..


Lama sudah x jenguk blog.xde masa sgt.skrg byk hapdet kat facebook.huhuhu..


Yesterday,adik lelaki saya yg no 2 akhir bertunang kat bukit subang.Kitorg not familiar dgn tempat tu so pakai khidmat GPS.Nasib my hubby cemerkap dlm bab cari2 rumah ni.:-)
Event start after zuhur.kitorg sampai ngam2 masa diorg tengah bincang pasal hantaran etc.
Wakil dari pihak kami (lelaki) adalah bapa saudara saya iaitu pak utih yg jadi org tengah as our parents dah tiada.
Sedih dan kesian kat dia sebab arwah mak dan abah tak sempat nak tengok anak lelaki akhir dia ni bertunang.:-(

tengok jela gambar ek.dh takde idea nak menulis ni.:p


adik bongsu saya Eira yg preggy 2 months.dia ni dh kahwin masa bulan 9 ari tu ngam2 saya pas abis pantang.

Eryn takde mood.baru pas bangun tido.


Adik Ann dipangku uncle mail


ni adik ipar saya yg baru.Nama dia Faizal.Husband adik saya Eira.the expecting father.huhu.;p


Semoga adikku Mail dan tunang Eryna (nama dah sama mcm Eryn lah) bersabar menempuh alam pertunangan yg byk pancaroba ni sampai diijabkabulkan nanti.tak silap saya dlm next year kut.

p/s:Hari ni Eryn dan Ann start dijaga oleh pengasuh baru sebab pengasuh lama dah retired (dah tak boleh jaga disebabkan masalah kesihatan).Semoga pengasuh baru ni ok lah.Kesian Eryn,dah berkali2 tukar babysitter.Eryn dan Ann doakan mama dan ayah kaya ek,boleh mama duduk rumah jadi housewife jaga sendiri korg berdua.U both are so priceless to us.

Sunday, November 4, 2012

i'm backkkk!!!!

Assalamualaikum...



pergh,lama giler x jengah blog kesayangan ni.Almaklumlah baru start work after 3 months confinement yg heaven bersama 2 org budak kecik yg comel dan keletah.

Mesti ramai nak tgk my new baby girl (2nd girl).check it out!


 fresh keluar dari perut after 1 hari 1 malam bertarung sakit contraction sorg2.sob sob..


 kena letak bawah lampu sbb kena jaundis yg tinggi.yg ni akan diceritakan jap lagi kenapa dia kena jaundis.


 at 44 days.


 sekarang.3 bulan


kakak Eryn dan adik Ann


Kronologi bersalin Sofea Amanda:-

Isnin (6/8/2012)

Saya start keluar show darah masa 6/8/2012 pukul 5 ptg.time tu masa nak gi toilet nak shishi.cuak gak time tu.nasib barang semua dah packing dan hantar umah mertua.mak kertua advise jgn puasa time tu sebb takut nanti takde tenaga nak teran dan time tu mmg rasa mild contraction dah.hantar eryn umah mertua then terus gi PPUM.
Sampai kat hospital,terus kena salin baju dan gi labour room sebab doctor nak check bukaan.Cuak giler seh.time ni dia bagi ubat berak dulu then terus check contraction dan kena seluk.doctor cakap baru 1cm.
Tapi doctor tak bagi balik dulu takut kang terberanak kat umah.almaklumlah ni 2nd child kan.
so saya pun kena berkampung kat wad bersalin malam tu.bosan giler.dah ler panas nak mampuih sebb aircond xde rasa.rosak kut.


Selasa (7/8/2012)

Saya contraction makin kuat tapi leh tahan lagi.asyik ulang alik bilik air shi shi dan poo poo.Mcm comel jer perkataan poo poo tersebut.:p.
Doctor dan doctor2 pelatih (lelaki dan perempuan) datang seluk lagi.malu mak encik sebab jadi tontonan ramai.nasib ler yg seluk tu doctor perempuan yg cantik.huhu..time tu dah 3 cm.
So,doctor decided supaya saya ditransferkan ke labour room utk dipecahkan air ketuban.kena jalan kaki ikut nurse gi labour room tu sbb nurse kata nak cepatkan bukak jalan.
Time ni my nightmare begin...
After diorg put ctg machines on my stomach,datang ler ramai2 doctor pelatih.dan saya dapat doctor pelatih lelaki yg sgt muda okeh!handsome gaklah.hahaha..tak agak2..
doctor tu di accompany oleh seorg senior doctor cina pompuan.dia ajar doctor tu cane cara2 nak pecahkan ketuban.Very the sakitttttttttttttttt.....i tell you.rasa dia mcm kat dlm perut kena hiris2 ngn benda tajam.aku menyumpah doctor tu sampai sekrg (tapi sumpah dlm ati jerlah).saya pegang tangan nurse kat dlm tu (sebb husband tak dibenarkan masuk teman isteri) sampai nak patahlah tgn dia.maap yer kak.huhu..
Pas dah pecah ketuban tu,oleh kerana sakit sgt,saya menangis tersedu2 merayu kat doctor utk ambik epidural.
Nasib doctor senior pompuan (melayu) bagi sbb dia tgk saya tak tahan sgt.rasa contraction semakin sakit.masa ni mampu mengucap jelah.tunggulah doctor anesthethic dtg nak cucuk epi kat tulang belakang ni ha.
Pas dh ambik epidural,saya masih lagi rasa kesakitan contraction tu.rupa2nya doctor anesthethic tu ckp dia bagi dos yg very mild sbb dia taknak saya tak leh nak teran.then dia kata bila dah 9cm nanti,dia akan stopkan epi utk bagi i rasa sakit nak beranak.Adoii..kalau ku tahu baik takyah ambik epi time tu.sama jer sakit dia.
saya mintak pain killer lain.pun tak de rasa different.sakit jugak.diorg bagi gas ethonox utk kurangkan sakit.pun tak berkesan.
air mata dah bercucuran turun mcm banjir kat dlm labour room tu.serious,masa ni hanya ingat Allah,suami dan arwah mak.memang rasa dah nak 'pergi' dah.
tengah sakit menahan contraction tu,saya rasa kehausan sgt2 macam kat padang pasir.minta kat nurse air.dia bagi air masak yg baru dimasak sbb air suam takde.saya terus teguk camtu jer.
mmg tak kira dia panas ke,sejuk ker..
Dari pagi menahan sakit sampai malam (pas dah berbuka) saya tak dpt tido.rasa pinggang mcm kena patah2 dan kat 'bawah' tu dah terburai etc.saya punya air mata takyah nak ckplah.
sampai nurse india yg tgk saya panggil doctor utk check bawah samada dah full ke belum.
Bila doctor check,dia terus terkejut sebb dah nampak kepala.
Saya pun disuruh utk meneran.after 2,3 kali push (sampai dah takde napas),baru ler keluar si kenit kat atas tu.
fuhhh...lega..saya minta tlg nurse kol kan hubby suh azankan baby.nurse lupa nak kol sampai my hubby yg kol hospital tanya dah bersalin ke belum.baru hospital bagitau hubby yg saya dah selamat bersalin.
Hubby marah gaklah sebb lambat bagitau dia.hubby sampai kat hospital pukul 9 lebih.time tu saya baru nak disorong ke ward bersalin.

Rabu (8/8/2012)

Ingatkan dah boleh discharge.rupanya sangkaanku meleset sama sekali.
Nurse pelatih check my baby Ann.dia kata kulit Ann sangat merah macam udang kena bakar.so diorg pun ambil darah Ann dan ckp Ann kena polycythemia (terlebih darah merah).
Ini semua disebabkan nurse yg kat labour room tu lambat potong tali pusat Ann,so darah dari tali pusat tu mengalir masuk dlm badan Ann.
Dan kerana polycythemia tu,Ann kena ditahan di ward sebb kena jaundis yg tinggi.
berkampunglah saya kat ward selama 7 hari 6 malam.
Tapi alhamdulillah,Ann dah ok sekarang.dia kuat minum susu.sekarang dah campur ngn susu formula.

To Ann,mama harap Ann membesar dengan sihat dan menjadi anak yg solehah ek.sayang anak2 mama.

Huish,panjang betul kan citer saya bersalin ni.:-)



Wednesday, July 25, 2012

My New IPAD



tq hubby for this present.really appreciate it.:-)


p/s:this week last keje.doctor kata baby memang dah masuk laluan dah.anytime from now i will deliver the baby.skrg dah super tak larat nak gi mana2.Puasa pun dh 2 hari tinggal sebab kena gastrik,selsema dan sakit tekak.huhu..Ari ni nak try puasa.mintak2 lah puasa ku ari ni berjalan ngn lancar.Amin....

Sunday, July 15, 2012

update:34 weeks & beg baby dah siap!

Assalam semua...


Rasa agak lama jugak tak berkesempatan update blog ni.Oklah,nak update my check up on 34 weeks last weeks.
As usual,saya akan check up dgn gynae kesayangan saya Dr Kamaljit dari Pusat Pakar Wanita Bangsar.Actually schedule check up saya this week hari khamis tapi my hubby cakap alang2 dah sampai sana nak check cramp,better buat check up ari tu.
I gain 3 kgs for two weeks!bravo siti.hahhahaha..Pas ni redho jelah ambik 2nd mgtt test.
Bila part scan tu,saya terkejut sangat sebab doctor kata my baby dah gain 2.813kg!Doctor kata baby besar sekt dari my previous one sebb baru 34 weeks.Eryn last time masa 38 weeks baru 2.86kg.pffttt..
patutler saya punya pinggul dan pinggang dah start sakit2.Doctor kata itu semua normal sebb baby punya head makin turun.
Doctor estimated saya akan deliver samada hujung bulan ni @ awal bulan 8.Oh No!seramlah..

Then semalam,my MIL dan FIL suggest gi bidan kampung untuk betul2kan kedudukan baby sebab diorg taknak saya kena caesar macam my SIL dan my biras.Bidan yg urut tu pun kata perut saya dah turun sgt dan estimated saya akan beranak hujung bulan @ awal bulan 8 ni.Dia kata baby sihat sgt sebb perut saya padat,takde ruang.hehehehe..Oh ya,mak bidan semalam pun baik ati watkan saya air selusuh.dia suh minum sikit2 bila dh start sakit2 @ bila dah turun tanda.
So semalam dah start packing barang utk bawak gi sepital.So next check up terus kat PPUM pada 2/8/2012.Maybe ini entry terakhir sebelum beranak.Kawan2 doakan saya selamat bersalin dengan normal dan tanpa complication ek.hehehe..




 saya sediakan beg kecik jer gi sepital.sumbat satu kali brg baby dan omak eh.Sbb last time serik kena tegur ngn misi bila bawak beg besar.huhu..


 ni ler air selusuh yg makcik bidan buatkan tu.


 ni ler brg2 baby yg saya dan hubby beli.sket jer kan.hahaha..ater anak kedua.hubby kata tunggu baby keluar baru tokok tambah mana yg tak cukup


 ni carrier beli online.Sebab beli kerana si kakak suka duduk stroller bila bawak berjalan.so baby akan dibawa naik carrier jelah ek.


 ni antara my wishlist yg dh lama nak beli.senang nak  bawak changing caddy ni kemana2 dan saya suka sebb nanti brg baby nampak organize sket.



Lastly.....


"Mama,bila adik nak kuar ni?"hehehe.:p

Monday, June 18, 2012

hasil MGTT Test...alhamdulillah

Assalam semua...


Next week dah nak masuk 8 bulan.wah,cepatnye masa berlalu.Adik baby dlm pewut ni makin aktif tendang2.adoi,bila dia tendang jer kompom saya kena gi bilik air.

ni nak citer yg result untuk MGTT (minum air gula) last week dh dpt.Alhamdulillah,saya bebas dari diabetic.tapi saya punya hb rendah sket dari last time.Dari 12.1 last time turun ke 10.6.Tapi doctor kata still normal,dan dia bekalkan Iberec Folic kat saya untuk tambahkan zat besi dlm badan.Adoi,kena jugak makan pil merah jambu yg panjang dan besar ni.Dulu masa mengandungkan Eryn pun awal2 lagi doctor bagi pil ni.Tapi doctor kata ada kesan sket kalau consume pil ni iaitu najis akan jadi keras (sembelit) dan warna hitam.
So dia kata kalau nak makan pil ni,tgk dulu.kalau hari tu kita makan banyak makanan yg mengandungi zat besi contoh macam daging,seafood,bayam etc,so takyah amek pil ni.
Tapi kalau tak makan zat besi ari tu,kena ambil pil ni 1 biji sekali.


p/s:bile lah wishlist saya untuk baby ni tercapai.harap2 ada rezeki baby nanti.Amin..

Wednesday, June 13, 2012

Air gula yg manis nak mampuih!

Salam semua...

Hari ni saje wat MGTT test kat klinik opis memandangkan keturunan aku ada kencing manis dan darah tinggi.kencing manis ni arwah mak dah ada dan darah tinggi lak arwah abah ada.
Buat kat klinik panel opis ni senang,doktor dah sah2 berpengalaman cucuk-cucuk ni.sebab pas ni aku kena gi check up kat PPUM dah.first time gi hospital gomen.takut misi2 yg tak expert @ yg praktikal cucuk aku.huish,tak dapat bayangkan.
So pagi tadi dlm kul 9.15am aku gi tingkat 4 (klinik) utk ambil darah dan minum air gula.First time ever minum air gula yg semata2 gula.ntah bape kati gula diorg taruh dalam tu.nasib tak muntah balik.pas 2 jam,gi klinik balik then kena cucuk kali ke-2 dan ambil urine.
So kena tunggu result next week.Nanti senang bila check up kat PPUM,just bagi doctor sana result jer.tak perlu nak ambil darah nak queue2 panjang bagai.paling penting,hopefully takde kena diabeticlah.Amin.
Oh ya,barang baby ada sket jer tak complete lagi.tapi rasanya byk kehendak kut dari keperluan.wuhuhuhu..
Sekarang ni dah tak larat nak gi shopping mall menapak byk2.Sakit kaki dan pinggang.so,pas ni byk beli online jerlah sampai aku beranak nnti.harap2 wishlist utk baby tercapai.


P/S:Alhamdulillah,Eryn dah baik dari demam panas.mujarab jugak lumur air asam jawa kat kepala dan badan dia. Mama windu kakak tau.:-)

Tuesday, May 29, 2012

Update

Assalam semua...


Alhamdulillah,saya dah recover daripada food poisoning hari ahad baru-baru ini.Semalam plak cuti sebab gi PPUM,buat appointment untuk check up susulan 8 bulan kat sana bulan july nanti.Insyaallah nanti bersalin kat sana.Pastu gi Vision College buat scan 4D.Ye,adik Eryn sama jantina ngn Eryn.Bertambah anak daraku.alhamdulillah.Lagi satu saja jer wat 4D scan tu sebab nak tgk muka dia.Time Eryn dulu tak penah buat.hehehe..

So,here we goes:




 tgh menongkat dagu


"alahai,bosannya",agaknya itu yg dia ckp kut.:p



 Sekali imbas,rasa mcm muka Eryn.Hehehehe..semoga adik membesar dengan sihat dalam perut mama ek.Mama,Kakak Eryn dan ayah tak sabar tunggu adik keluar.Another 2 months + to go.

Monday, May 21, 2012

hidung berdarah

Lately ni selalu hidung berdarah..
tapi tak ler sampai menitik-nitik tik ...tik... tu
tapi tiap kali nak hembus hidung pagi2 masa mandi tu kompem darah akan kuar bersama ngn 'bahan buangan' tadi.
nape ek?masa time Eryn dulu takde lah pulak hidung ni berdarah bagai.
Tapi bab sembelit dan kaki cramp tu mmg dh biasa.
Dan sekarang amatlah sukar nak lena malam2.sebb bila time tido wether mengiring ke kiri dan nak tukar posisi ke kanan amatlah seksanya.Itu belum lagi kalau tido menelentang.Tulang belakang,pinggang dan peha akan sakit sgt.
Sama jugak bila duduk lama2 kat kerusi,time nak bangun siaplah.jalan dah macam penguin sebb menahan kesakitan yg menekan kat tulang punggung dan pinggang.
Ni belum masuk 8 ke 9 bulan lagi nih.hohoho..
Time Eryn dulu,masuk 8 bulan jer doktor bagi mc sebulan sampai bersalin sebb saya dh tak larat nak membawa perut walhal org tgk tak besar mana pun.
takpelah,janji adik(panggilan utk baby) sihat walfiat dlm perut mama ek.
Dan mintak2lah saya selamat bersalin secara normal sebb nanti nak kena pantang kat umah sendiri after 44 days kat umah mertua.Lagi mencabar sebb nak handle si kakak lagi.
Ya Allah,Kau permudahkanlah segalanya.Amin...

Thursday, May 17, 2012

birthday Khai

Hari ni kaki kena cramp lagi.2 kali dah sepanjang pregnancy ni.Nasib tak macam masa mengandungkan Eryn dulu.Bape puluh kali kena cramp sebb utama malasssss nak minum susu.hahhaha..

Ok,ni citer dh basi dah.12hb ari tu buat birthday kecil2an untuk anak buah my hubby iaitu Mohd Khair yang ke-8.Birthday dia 11/5.Ni sambut jugaklah sekali ngn birthday saya yg ke '28' tahun.
Ye,saya tau saya bakal menghampiri 3 series lagi 2 tahun.dah tua rupanya aku ek.Tak ada apa yg menarik cuma potong kek dan bagi hadiah kat anak2 buah jer Sara dan Khai.Yang si Sara punya dah lepas (bulan 4) tapi tak sempat nak bagi hadiah tu yg sekali kan ngn Khai tu.




 Birthday boy yg happy dpt kek.apa kes jelir2 lidah?:p


 kek yg simple dan comel jer.Budak2 kalau tak minat angry bird mmg tak sah


 Eryn pun tumpang sama nyanyi lagi hepi birthday.


 Anak aku yg melebih2 haih.sabo yer nak,birthday awak lambat lagi.


 Khai,Khalesya dan Sara


Mak buyung pun nak entreprem.bulatnyer pipiku haih.



p/s:tgh tunggu apa hadiah yg bakal hubby bagi.Boleh request new ipad tak??huhuhu..

Tuesday, May 15, 2012

WW-Samsung Smart TV Led 3D

Alhamdulillah,tak termimpi dpt beli tv baru tahun ni.Thanks to adikku Mail sebb sudi beli tv lama tu.

Wednesday, April 18, 2012

rindu ketembunan eryn

Masa ni Eryn 5 Bulan.Rindunyer saat ni.dah lama x pegang baby.coming soon insyaallah.








Sekarang Eryn dah besar dan insyaallah tak lama lagi dia dah nak jadi kak long.


p/s: Boleh tak anak kita x besar2 dan duduk bawah ketiak kita 24 hours???.hehehhe..berangan..

Thursday, April 12, 2012

kesinambungan entry 'tak sabar mode'

Assalamualaikum semua..

Ingat tak yg ari tu ada saya buat entry tak sabar mode.
Ok,kisah ni ada pahit dan ada manis nyer.

2 weeks ago,saya dan hubby gi kedai perabot sebab nak beli almari baru.Ater almari lama dh cam tak muat untuk menampung baju saya dan hubby.sikit lagi nak runtuh tempat hanger baju tu.
So alang2 hubby ada rezeki lebih,kitorg pun ushar lah sekali tilam dan katil king size.
Kitorg purchase semua barang2 tu kat kedai perabot Yana Home Design Sdn Bhd kat sebelah kedai perabot Cavenzi di ampang.
Malangnya time penghantaran hari sabtu,diorg ckp diorg hanya leh hantar katil dan almari saja sebb tilam yg kitorg order tu masih dlm proses kat kastam sbb kitorg beli tilam import dari US.
Ok,fine.kitorg pun senyap jelah sebb diorg janji nak antar hari isnin.tapi bila sampai hari isnin,diorg kata tak sempat laks.So kitorg dpt tilam tu ari selasa.
Oleh kerana diorg tak tepati janji,kitorg dpt free gift dari diorg sebagai tanda maaf kerana lewat penghantaran.sejuk sket hati mak.huhuhu..

ni ler tilam yg kitorg duk tunggu2 tu.



 tilam yang mencetuskan kontroversi antara kitorg dan owner kedai perabot tu.huhuhu..


 ni ler almari 8 kaki tu.kitorg pilih fully cermin sebb nak ruang bilik nampak lebih besar.


 letak kat bilik eryn.


 ni ler gift yg kitorg dpt.hehehe.wall clock


dah selamat digantung kat hall.yg clock lama tu letak kat dapur.



p/s:tak sabar nak tunggu next month beli barang2 baby.

Wednesday, April 11, 2012

rindu gilerrrrr ngn ini budak

busyuk masham mama.my big baby.

dah beli set bersalin

assalam semua..

Lagi 2 minggu kandungan saya nak masuk 6 bulan.So,saya rasa ini the best time utk purchase my confinement set.Pilih punya pilih,akhirnya saya berkenan sgt ngn set Tanamera Postnatal yg duta dia si Serina Redzuwan tu.
So,semalam saya,hubby dan si kecik eryn tu gi lah kat tempat diorg which is a bungalow house in Kelana Jaya belakang jer ngn Sime Darby Medical Centre.
Saya jumpa ngn Pn Rosnah,dealer utk product tu.Suppose gi kul 11 am,tapi terlewat sket sebb gi shopping dulu kat Mid Valley.Menyempat lagi tu.hehehe.
so,saya pun sampai kat banglo Pn Rosnah dlm kul 12.30 tghari,time tu semua ahli keluarga dia berkumpul utk lunch time.malu den.tapi redah kan jugaklah.
Dia amat baik,siap terangkan secara terperinci cane nak pakai product2 tu semua which is saya rasa tak susah sgtlah dan yg paling penting semua ingredient dlm product tu natural & not harm for baby.
Ada barang2 dlm set ni boleh pakai time mengandung contohnya mcm VCO (Virgin Coconut Oil) utk menghilangkan tanda2 stretch mark kat peha,perut dan punggung dan kalau yg ada masalah constipation yg teruk,leh ambik sesudu kecik minum,insyaallah 'hasil pembuangan' akan lawas.Yg VCO ni memang amat sesuai ngn saya sebb saya ada stretch mark yg teruk dan huduh di perut dan pinggul semasa mengandungkan Eryn dulu.begitu jugak ngn masalah sembelit.memang nightmare.huhu..
Yang paling saya tertarik semalam,Pn Rosnah tu siap tunjuk sms dari one of her client yg consume VCO dan sapukan kat kawasan perineum before she gave birth.Org tu sms ckp dia punya delivery very smooth,tak lama.dan paling best dia tak kena jahit satu pun sebb tak koyak & without any drug.Impress jap.Itu yg paling saya nak sekali sbb time Eryn dulu tuhan jer yg tau cane rasa sakit kena jahit tu.

so,nilah rupe set tanamera tu:-



 Kotak luar dia.


 Dalam set ni ada 11 barang termasuk bengkung.


 Pn Rosnah tu advise beli 2 botol VCO ni sbb byk kegunaannya time preggy dan selepas bersalin.


Dalam set ni jugak ada keterangan cane nak guna product2 ni dan apa ingredient yg digunakan.So kalau tak ingat,leh rujuk kat sini.



Total satu set saya beli rm394.00 (termasuk penambahan VCO yg berharga rm34.00 satu botol).

p/s:Harap2 saya cepat recover dengan bantuan set ni pas bersalin nanti.Amin.

Monday, April 9, 2012

tak sabar mode..

tgh menunggu barang baru sampai ke rumah hari ni dan dijangka sampai tengahari ni.Hubby amek time off jap gi settlekan.

Apa dia?tunggu next entry.heheehehee..

x sabar nak balik!!!!

tengah duk mengira waktu ni.hepi sebb ari ni dpt balik ngn my hubby setelah 2 weeks balik sendiri tumpang taxi.lately amat ler tak larat nak dukung si kecik tu sbb perut rasa senak kalau dukung dia.
i'm sori syg,bukan mama xnak dukung,tapi mama ada adik dlm pewot mama yg makin membesar nih.ari ni pun rasa tak sedap badan.pas makan tgahri tadi kepala duk nyut2 jer.maybe nak gi klinik jap kut pas ni,takut low blood pressure lagi macam last week.adoii..

Sunday, April 1, 2012

kenduri aqiqah baby Rizq Irfan dan majlis tahlil arwah mak dan abah

Assalamualaikum semua,


Hari ni nak update pasal kenduri aqiqah baby Rizq dan majlis tahlil arwah mak dan abah yg telah diadakan di teratak kakak ku Thalia di Alam Sari Bangi.
Sangat best dan sangat penat juger sebb kena handle budak kecik tu sorang2 as my hubby kena gi keje semalam (o.t) nokss dari pagi ke malam.Nasib ler ada adik beradik tercinta tolong jagakan jugak si Eryn tu.Oh,ada kejadian yg tak best berlaku.Eryn telah terjatuh dan mengalami lebam di dahi belah kanan sebab tersadung masa main kejar2 ngn sepupunya Lara.Adeii..penat gi tuam ngn tudung saya dan ice pack.Dah jatuh saham anak aku.:p

Ok,let's picture tells a story......


 Note:Gambar agak banyak.layanzz..



 The banner.Sponsored by my little sis Eira.


 Putera yg diraikan,baby Rizq Irfan yg bam bam sgt.geram!!!




the cradle 'buaian berendoi'



rasa macam nak nyanyi "rock a by baby"....oh..



siap ada teddy bear kat cradle tuh.



Putera sedang beradu...baik giler ini budak.tido jer.good boy.


 Pihak marhaban.




Tuan tanah.My sis Thalia with her child Lara dan Rizq Irfan.Abg ipar i takde sebb dia sibuk layan guest.



Tuan empunya blog  pun nak enterprem.oh,sangat chubby pipiku.





 khemah kat luar



Inilah yg sponsored banner tadi.thanks dik!


 sudut ABC (air batu campur).ni sudut yg paling saya sukerrrrr...dap dap..



 Eryn with her headband.susah betul nak tangkap gambar dia.


 My little bro (no 2 akhir) with her bakal tunang.eceh..


 ni masa cukur jambul



 sweet cousins.Eryn dan Lara.dua2 berlengas.


 the doorgift


 doorgift lagi


 Thalia dan kakak saya yg no 3,kak Junai.dia ni duduk kat Sg Besar dan jarang sgt jumpa dia.


 ni abang saya yg no 4,abang hairi a.k.a abang uda with his wife kak Farah


 ni saya ngn akak saya no 2 (akak Shidah) dan my SIL Kak Farah.Pakai baju hitam tak nampak pewot sgt.hehe..


 Bergambar ngn tuan rumah.hehehe


 rasa nak geget2 si Rizq ni tau.



lastly,ni bukti anak saya lebam di dahi dia.tgh tido sebab kepenatan menangis sakit.sian anak mama.



p/s:Ari ni MATRADE dah sibuk ngn preparation untuk IBM MIHAS esok.huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails