Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

debaran....

salam semua..eceh,mcmlah ramai sgt org nak jenguk blog aku ni ha..apa2pun,ada aku kesah??kesah ada aku??ishh..apa yg aku merepek nih..

hmmmm...actually there's some 'big' thing yg saya tgh tunggu hari nih.perasaan tu mcm tunggu result spm dan tunggu sapekah juara akademi fantasia musim ini.:P.
oh..apakah semuanya ini??kalau resultnya + ,maka saya akan jadi org yg paling happppppyyyy dalam alam fana ini..
Ya Allah,semoga kau permudahkan segalanya.semoga impian kami sekeluarga termakbul.
apakah ia????oh..takleh reveal sekarang.tunggguuu.......






Friday, September 24, 2010

Kisah Menarik Dari Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau ber-Teka Teki :

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?"
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (QS: Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (QS: Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

Imam Ghazali = "Apa yang paling berat didunia ini ?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (QS: Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka karena gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun "
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar. Tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan Kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat."

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = "Itu benar .Tapi yang paling tajam sekali di dunia ini ialah LIDAH MANUSIA.Kerana melalui lidah,manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.




Monday, September 20, 2010

raya kami

salam semua...huiisshh..best gilee ah cuti raya lama camnih.tambahan lagi raya tahun ini side sebelah saya.tahun lepaih umah mertua tambahan tengah berpantang kan.ok,nak citer sket pasal raya kali nih.we all balik klang (umah my mum) hari khamis pagi.sebelum balik kpg,singgah jap umah my sis thalia utk pick her up sbb hubby dia kena keje hari tuh.plus,mak mmg dh pesan awal2,anak pompuan kena balik pagi2 sket utk tolong dia kat dapur.tapi takde maknanya sbb masing2 sibok ngn anak yg baru dpt kaki,dan yg paling penting sibok melantak.hehe.oh lupe,sume adik beradik saya balikkss!!ramai giler 8 org.tu tak termasuk ngn anak masing2.gamat umah u ollss.pagi raya laks,pas salam2 sume bagai,terus we all konvoi 3 bijik kete gi umah atok sebelah abah kat assam jawa.gambor tak banyak ambik,malas punyer pasal.layankan jer gambar2 yg ade nih ok.




kat umah alang




sisters..:-)




ibu ku.luv u mak.





from left: mail (lil bro),kak junai & akak.ko hengat ko hensem pakai spek itam??:P





Mail dan syahira poyo.






dua2 tido lena kepenatan.mak2 yg poyo.time nih kat umah atok sebelah mak.


Malam tu,abg long ajak makan malam kat nando's bkt rajah.tapi yg ada cuma family saya dan thalia sajer.harus lerr kitorang order yg kaw2.bila gi nando's wajib order espetada.sodapp!!





























ok,itu sajer..Oh,Selamat Hari Raya semua...:-)






Sunday, September 5, 2010

1 year!


yahoo!!!i'm already 1 year mama!!





ni apa kes pegang2 rambut nih???





aiseh,malu loh pulokss!hehe..kena blurkan pewut hubby.:p


tak wat celebration lagik.tunggu pas raya.pastu saya akan postkan ek.mungkin buat kecil-kecilan je kut sbb byk duit nak pakai.(utk raya,rumah baru etc).Eryn kecik lagi,nanti dah 2 tahun baru kita leh celebrate besar2 k.muahhhhsss..mama sayanggggg sgt.







Thursday, September 2, 2010

mood happy :-)





salam semua,

Aduii..tak leh nak gambarkan betapa happynyer saya sekarang nih sbb next week friday dah RAYA!!Saya happy sebb first time dapat jalan jauh ke kampung suami di Muor Johor berhari raya.yelah,last year saya still dlm pantang bersalinkan mucuk saya nih.Bayangkan sejak saya kawen akhir tahun 2008,saya tak penah jln2 jauh,i mean balik kampong hubby ker,vacation ker..sedih tau.honeymoon pun elek.nangis lagik tsk tsk..disebabkan kekangan keje hubby yg melambak so time tuh udoh lariksss.sampaikan pas jer saya deliver,hubby kena gi keje balik sbb ada benda penting perlu disiapkan eventhough dia dh dpt cuti 3 hari paternity leave.dah ler tgh sakit2 takder tenaga,so kita perlukan someone which is hubby bagi support dan companion.sedih nyer bila ingat semua tuh.takpe2,itu pengorbanan namanya.tapi alhamdulillah ianya 'berbaloi2'.Syukur sgt2 raya tahun nih dah bertiga.adakah tahun depan berempat pulak??huhuhu..ya ampun,tunggu si kecik saya nih dah 3 tahun dan paham bahasa baru leh proceed utk yg seterusnya.
Dan oh yer...another thing yg wat saya happy + terharu is that my baby is growing up!she will turns to 1 this coming sunday.she's a big baby now.dah pandai berlari kejar2 org sambil molot mengomel2 cam org besar.suka tiru apa org cakap.cuma sekrg nih nak practicekan dia utk salam dan cium tangan.bab ni adalah harusssss dan wajibbbbbb yer tuan2 lebih2 lagi bila time nak raya nih.:p
next year lagi best bagi saya sebb dah leh duduk rumah sendirik.insyaallah.tgh tunggu kunci jer nih..leh lah merasa masak utk hubby dan anak tersayang.almaklumlah sekrg sume mama masak.balik keje jer takyah pikir makan.pegi dapur tinggg...dah ada makanan fresh dari ladang.ni namanya menantu pemalas.bukan per,kalau saya tolong sama,sape yg nak jagakan bucuk saya yg dh ligat jalan tuh.(alasan )...layanlah gambor bucuk saya dari lahir sampai dh pandai jalan kat bawah ni ek.




From newborn





2 months (dh pandai tgk camera):p






5 months (dh pandai meniarap).my daughter tak merangkak ok.berguling jer kejenyer.






naik walker.tak hengat bape bulan lor..





pandai duduk sendiri.





pandai jalan.gambar dia jalan betul2 tak dapat nak amek sebb dia jln bukan main laju.mcm berlari.hehe



Akhir kata,Selamat menyambut HARI RAYA AIDILFITRI dari saya sekeluarga.maaf zahir dan batin kepada kawan2 semua.Luv u ollss jah..(dah terkena penangan cik ena gebuss..skang sume org dipanggil jah).:P






LinkWithin

Related Posts with Thumbnails