Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, April 26, 2013

untuk hebahan : BEING MUSLIMAH EMPOWERED CONFERENCE 2013 (PICC)


Assalamu'alaikum semua...


Salam Jumaat.  Dah lama tak menjenguk dan menulis blog ni.  Sebenarnya dah tak ada idea nak tulis apa dah.  Jadi, untuk menggerakkan blog ni saya war-warkanlah satu event yang akan diadakan di Malaysia tak lama lagi. 




Being ME atau Being Muslimah Empowered kembali lagi untuk tahun kedua di Malaysia.  Ini adalah conference untuk Muslimah sahaja.  Tahun ini acara ini akan diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 29 Jun 2013(Sabtu) dari pukul 10 pagi- 10 malam.  Siapa yang nak stay sampai pukul 10 malam silakan, nak balik awal dalam pukul 5 petang pun boleh juga.  Tahun lepas acara ini diadakan di MATRADE Exhibition and Convention Centre, kat tempat kerja saya.  Dengar khabar ramai 'sisters' (term yang digunakan untuk address saudara seIslam) yang hadir.  Feedback daripada kawan saya yang pergi katanya Alhamdulillah membuka mata, meluaskan pandangan.  Organiser event ini Mercy Mission.  Event ini hanya dibuat di 3 negara sahaja-  Malaysia, United Kingdom dan Canada.  Kat overseas event ini dan sekutu dengannya memang mendapat sokongan yang baik.


Penceramah-penceramah yang telah dijemput tahun ni adalah Prof. Dr. Muhaya Mohamad (siapa tak kenal), penceramah dari USA, UK, Canada dan ramai lagi.  Tahun lepas Yasmin Mogahed.  Sister ni famous kat oversea.  Khabarnya Imam muda dan al-Hafiz yang famous dan handsome dari Amerika datang jugak.  Namanya Fatih Seferagic.  Orang Bosnia tapi duduk kat Texas.  Suaranya merdu dan mendayu.  Cari video imam ni kat YouTube kalau nak tahu lebih.  Ada concurrent event jugak nanti.  Macam tahun lepas ada marriage talks, parenting in Islam talks, ada spa, make up tutorial, menginai tangan etc.  Jadi tak delah kejung kejang dok dengar ceramah dalam dewan utama lama-lama.  Ada pilihan dan tak membosankan.  Ini feedback daripada kawan yang pergi.

Harga tiket ni berpatutan untuk taraf international.  Bahkan murah sangat.  Kalau ikutkan level international mau dalam RM 300 ke atas.  Tapi namanya pun dakwah dan tabligh, harga pun perlu berpatutan.  Ye lah nak bayor tiket kapal terbang lagi, tempat tinggal lagi, air liur lagi. Kat flyer ni harga burung awal atau early bird RM 99 untuk seorang wanita dewasa (normal price RM 150) dan RM 50 untuk seorang kanak-kanak perempuan umur 6-12 tahun (normal price RM 75).  Boleh beli online kat website mereka atau agent terpilih.  Kalau ikutkan tarikh habis promosi 30 April ni tapi akan dilanjutkan sampai 15 Mei.

Sapa yang nak pergi tapi ada anak kecil, boleh bawa suami datang sekali (kalau nak).  Ada Daddy Care.  Sorang anak kecil charge RM 50.  Kalau mahal, boleh minta suami jaga kat rumah.  Sehari je pun.  Masaklah siap-siap lauk untuk hari Sabtu.  Taklah rasa guilty sangat.  Kat sana ada Bazaar.  Kawan saya kata barang-barang yang dijual memang best-best.  Shawl, abaya, aksesori, buku, make-up etc.  Semua barang  standard international.

Kalau berminat, tengok website ni http://my.being-me.org/ dan bolehlah tolong sebarkan berita baik ni.  Kalau ada kawan-kawan yang belum berhijab tapi nak pergi, dialu-alukan sangat.  Organiser ni bukan jenis yang judge orang.  Yang penting dapat ilmu, dapat kawan baru, dapat kefahaman yang lebih jelas tentang kaum Hawa kita ini dalam Islam.

Begitulah ceritanya.



p.s:  Pesta Buku Antarabangsa sedang berlangsung di PWTC dari 26 April -5 Mei 2013




1 comment:

saifudin abu izzudin said...

nice day :)
Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
Jadilah seperti yang kamu inginkan,
karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
yang ingin kamu lakukan

http://www.nolimitadventure.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails