Sunday, October 16, 2011
rindunyer....
Ya Allah,besar sungguh dugaan yg Kau berikan pada kami.Jujur saya cakap,saya mmg setiap hari dan saat teringat jer memori bersama abah dan emak dulu2 sampailah diorg menghembuskan nafas yg terakhir.
Tengok pulak cerita 'Bawaku Ke Syurga' hari sabtu lepas lakonan Fasha Sandha dan Fiza Elite yg mengisahkan ttg doa seorg ibu yg makbul samada yg buruk dan yg baik.Part paling touching bila tgk Fiza Elite tu peluk mak dia bila keluar dari penjara.Seriously,teringat muka mak.Sedih..sedih bila dh tak dpt peluk mak dah macam dulu2.Bila teringat,mulalah air mata ni jatuh berlinangan.
Abah,mak..Kami semua sayang sangat pada mak dan abah.Tak sangka sekelip mata jer abah dan mak pergi meninggalkan kami.
Masa time balik rumah Meru dulu,mak rajin sgt masakkan masakan kegemaran kami.siap tau apa anak dan menantu dia suka makan.Sampai byk yg terbuang sebb makanan byk sgt.paling best bila bulan puasa.
Sekarang,semuanya hanya tinggal kenangan.kami semua hanya mampu menumpang kasih kat mertua masing2 dan ibu dan bapa saudara sebelah mak sebb rapat ngn mereka.Mereka juga yg banyak bantu semasa majlis tahlil dan arwah tempohari.Kalau harap kami jer 8 beradik,rasa nya mmg tak terbuat majlis tu.
Al fatihah buat arwah mak dan abah.Semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.Amin.:-(
Suka dengar lagu ni,'Ayah & Ibu' dari Allahyarham Sudirman:-
Ayah Dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan Dan
Matahari
Ahai
Yang dikurniakan dari ilahi
Ahai
Ayah Dan ibu lah
Mesti dihormati
Ayah Dan ibu
Wali Dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai
Bagilah tunjuk ajar Dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
Pada yg masih ada ibu dan ayah tu,hargailah mereka semasa mereka masih hidup ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
sedekahkan alfatihah dan bacalah yassin utk mengubat rindu itu
sabar banyak2 ye Mariam...Allah itu Maha mengetahui....bykkan sedekah Al-fatihah...
Yam..banyak² doa dan sedekah Al-Fatihah ok..insyaAllah..moga mereka tenang di sana..
mariam,
harap kau kuat semangat.peringatan kat diri aku juga.
Sebab itulah mereka yg masih punya mereka ini hargailah kerana tak akan ada pengganti selepas mereka pergi...
sabar ya mariam..semoga beliau ditempatkan dgn golongan yang beriman.Amin
bertabahlah mariam...
sedekahkan fatihah byk2 yer...
sabar ye kak mariam..semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman di akhirat kelak..semoga akak tabah hadapi dugaan dariNya..
Post a Comment