Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, September 30, 2011

dugaan





Kepada sesiapa yg belum tahu, ibu saya Timah Binti Jonit telah selamat menemui penciptaNya pada 24/9/2011 pada pukul 4.30 petang di Wad ICU Hospital Selayang akibat dari pneumonia with sepsis (paru-paru berkuman).Sekelip mata jer rasa Allah pinjamkan ibu bapa saya sebelum dibawaNya pergi.Yang paling sedih adalah genap 109 hari abah 'pergi',mak pula 'pergi' meninggalkan kami.terasa luluh hati dan perasaan ini tapi semuanya adalah ketentuan Ilahi.Ini adalah ujian yg maha berat buat keluarga saya pada tahun 2011 ini.Hanya doa yg kami mampu pohon kepada ALLAH SWT agar roh kedua2 ibu bapa kami dicucuri rahmatNya.
Lepas ini dah tak dapat nak rasa rendang kerang mak,rendang ayam dan kuah kacang daging mak utk raya yg akan datang.Sesungguhnya saya teramat rindu dengan mak dan abah.wajah mereka berdua bermain2 di mata,masih terngiang2 kenangan bersama mereka dari kecil sampailah kami dah menginjak dewasa ni.

Mak,bergenang airmataku
terbayang wajahmu yg redup sayu
tulusnya kasih yg engkau hamparkan
bagaikan laut yg tak bertepian
biarpun kepahitan yg kau rasakan mendidik anakmu
tak pernah kau merasa jemu walaupun kau terpaksa berkorban untuk kami

Mak, ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
tabahnya engkau melayan kenakalan kami anakmu
mengajar kami erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
kasihanilah tuhan ,ibu yg pernah melahirkan diriku
moga bahagia mak diakhirat sana


alfatihah buat ibuku yg teramat ku sayang,Timah Binti Jonit.Alfatihah juga buat arwah bapaku Bahar Bin Ibrahim.semoga roh kedua ibubapaku dicucuri rahmat.Amin.:-(

Tuesday, September 13, 2011

eryn's birthday party

Assalam semua..

Tetiba rajin update 2 entry dlm satu hari.suke ati jer.hehe..

saya just nak wish thank you pada mereka2 yg sudi datang ke majlis birthday party eryn yg julung2 kali saya adakan kat KFC KD.Special wish pada my family and friends (Lynda,Wardah & Jue).tak sangka u olls geng divas sanggup datang memeriahkan majlis anak saya..u olls rock!dan jugak kepada kenalan2 kami yg lain.terima kasih daun keladi saya ucapkan.terasa happening giler ari tu.tapi sadly byk gambar tak jadi..gelap.sebb appoint adik ipar jadi fotographer.adeh..takpe,next time mesti siap2 carik fotographer yg berpengalaman utk ambik gambar sebb moment2 tu takkan dpt balik.:-)



 
 The birthday gal.:-)


 eryn dan tok pa kesayangan dia.


 


ni ntah hape yg dia cuba nak buat ni.:p


 the food & drinks


 the cake.credit to ecar for this lovely & cute cakes.:-)


 sara & khai-anak buah ni.


 from left my biras wana,adeq (kembar my hubby).along yg cute & my hubby.:-)


eryn tengah merasmikan keknya.happy birthday sayang!


 dapat birthday gift dari chicky tapi eryn ni punyalah penakut ngn maskot tu.huhu..


 time for the other kids lak yg dapat gift.:-)





 my akak ipar & my MIL


antara tetamu yg hadir.



me with my best friend masa zaman sekolah.lama woo kawan.


cer teka apa yg ditunjuk oleh geng divas ini.huhu..:p



ada byk lagi photo tapi yg lain tu nan hado jer.almaklumlah fotographer amature.oklah,dah nak balik dah ni.chow bedah!

Monday, September 12, 2011

salam eidul fitri

Assalam semua,


Lama nak update pasal raya kami sekeluarga tapi x berkesempatan sbb asyik luper jer nak bawak thumb drive.hehehe..
this year,kami beraya di rumah my mom dulu.then raya kedua pagi terus shoot ke muor,johor beraya di kampung sebelah hubby.
Pagi raya kami pergi ziarah wakaf yg menempatkan jasad arwah abah di meru.terasa lain bila abah dah takde sebab dah tak dapat cium tangan abah.semoga roh abah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.amin.
ok,jom layanzz jer gambar sblum jadi kulapuk.:-)




 macam biasa,gambar empunya blog enterprem dulu.muka masing2 masa ni berpeluh2 sbb cuaca agak panas.habis mekap aku.huhu


 ni jelah gambar salam peluk mohon maaf kat mak yg saya ada.ko bertuah mail.


 ni gambar family besar sebelah saya.yg takde hanya kakak saya thalia sbb tahun ni dia beraya sebelah mertua di melaka dulu.jgn jeles thalia.huhu


 ni hanya adik beradik saya dan mak.masa ni mak dah mula menunjukkan tanda tidak sihat.:-(


 yg ni masa kat muor.eryn suka naik buaian ngn abang khai.


ni family sebelah suami.


dah tu jer.gambar lain byk yg tak jadi.kamera slr kena kotoran.sensitip betul lah hai.
Dan bukan itu sajer,saya telah mendapat perkhabaran yg tak best dimana mak kesayangan saya telah dikejarkan ke wad kecemasan pada hari raya ke-4 sbb kencing manis terlalu tinggi,batuk yg teruk dan paru2 berair.tapi oleh kerana wad penuh,mak terpaksa balik rumah saya berehat dan hanya diberikan ubat.tapi sekali lagi mak dikejarkan ke unit kecemasan sbb asyik muntah2 dan tak mahu makan langsung.asyik baring jer.jadi kami pun pakat minta rayuan pihak hospital supaya mak ditempatkan di wad.alhamdulillah,mungkin rezeki mak,ada kekosongan katil di hospital selayang.sekarang mak masih di wad.dia admitted sejak hari sabtu malam.dan menurut adik saya yg jaga mak,dia dah tak batuk2 lagi.cuma masih tak boleh masuk apa2 makanan sbb asyik muntah.tapi mak dah boleh bercakap dgn kami walaupun masih penat.tsk..tsk..
Ya allah,Kau panjangkanlah umur ibuku yg telah membesarkan kami 8 beradik dengan tulang 4 keratnya,Kau berilah nikmat kesihatan kepadanya dan semoga kami semua dapat berbakti kepadanya selagi hayatnya masih ada.Amin..


p/s:pas ni entry birthday eryn akan menyusul.jeng jeng jeng..

Sunday, September 4, 2011

happy birthday eryn sweetheart!

assalam semua,

hari ni dah masuk keje balik lepas seminggu cuti raya.bosan pun ada jugak sbb still in raya mood.hehehe..bunyi macam nak kena penampar je kan?ko hengat ko kaya ker nak senang lenang kat umah lama2??(kutuk diri sendirik)..:p

baru sedar hari ni 5 september genap si halus (ni panggilan dari tok pa eryn) ni 2 tahun.2 years back at 8.47 am eryn was safely born on earth dengan bantuan vacuum,ater lama sangat nak keluar.dan jugak sebb tak rasa nak meneran akibat dari tusukan epidural kat tulang belakang i.ngeri jugak bila ingat balik.tapi bersyukur sebb selamat sudah melahirkan si kecil yg selama ni menendang2 perut mommy dia selama 9 bulan lebih.hehehe

kepada eryn ku yg bucuk tu,mama nak wish happy birthday sayang.semoga eryn panjang umur,murah rezeki,diberikan nikmat kesihatan yg berpanjangan,selamat dunia dan akhirat dan menjadi anak yg solehah pada mama dan ayah ye.u're sooo priceless syg.mama & ayah sayang sangat dgn kakak eryn.andai kata eryn dah besar nanti dan terbaca blog mama ni,ketahuilah bahawa cerita eryn yg banyak mama bebelkan kat sini.sbb eryn adalah nyawa,jiwa dan raga mama.pejam celik2 eryn dah 2 tahun.macam manalah nak terima hakikat bila dia dh besar dan pandai jaga diri nnti ek??dan yg paling sedih,bila dia mula disunting org & pergi meninggalkan kami??..oh..tak sanggup nak pikir.

oklah,nak rest jap.tak tau nape hari ni rasa cam tak sedap badan jer.mual2 tapi muntah tidak pulak.salah makan kot.hmm..

p/s:tak sabar nak tunggu hari ahad ni.:-)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails