Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, July 31, 2013

flash back...

Assalamualaikum...


Lagi 6 hari dah nak raya.
Lagu raya makin kerap dimainkan di radio2..

Makin kuat juga kerinduan saya pada kedua2 arwah abah dan mak.

Throw back 2 years ago,masa tu arwah mak dan abah masih ada.

Mak sibuk masak juadah ketupat,nasi impit,kuah kacang,lodeh,rendang kerang (yg ni mmg wajib dan feveret kami adik beradik) dan nasi lemak.
Masakan mak mmg sedap sgt.tapi tak tau kenapa,masa raya tahun 2011 lepas,masakan mak macam ada yg tak kena.tak seperti biasa.:-(.(masa ni abah dh pergi dulu bulan 6).....
Mak punya perangai bertukar jadi sensitif sangattt..sampai ada satu hari tu (masa ni saya tak ada,adik saya yg cerita),mak kata dia teringin sangat nak makan kat kedai 3 ringgit (kedai ni dinamakan kedai 3 ringgit sebab org yg jual makanan tu charge semua makanan dia dgn harga rm3 sahaja tapi kuantiti makanan tu byk sgttt).

Kebetulan time tu kedai tu tutup.So,adik saya suggest mak makan kat tempat lain.tapi mak refuse.dia nak jugak makan kat situ sampai membebel2 ckp dulu time kitorg adik beradik nak makan apa pun dia akan carikan jugak.Pastu dia menangis beriya,teresak2 macam budak kecil.

Serius,tak penah nampak mak perangai camtu.Selalu dia mmg x makan sgt dan x heran ngn makanan2 ni.
adik saya yg tak menyedari (sign mak nak 'pergi),marah kat mak sebab x faham.

Air mata saya dh bergenang dah ni..tsk tsk..

Saya ingat lagi mak sempat masak kan saya dan suami nasi lemak before kitorg beraya kat johor sebelah mertua pada hari raya ke-2.masa tu mak beriya suh saya makan dan bagi suami saya makan kenyang2.

Dan itulah kali terakhir mak boleh masak.pastu nafas dia nampak penat.tambahan dengan batuk lagi.
dia banyak berehat dan solat atas katil (sebb kaki tak mampu nak berdiri lama2 akibat kencing manis)

Yang arwah abah lagi sedihhh..

Masa sebelum dia nak pergi tu,dia ada mengadu ngn kami yg mata dia tak leh nampak org kat sebelah.
Means that dia hanya boleh nampak objek di depan jer.kalau ko duduk kat sebelah dia,dia x perasan.

Pastu slowly,dia ckp pelat.
Then dia akan kejap2 tanya dh masuk waktu ke belum?/
kitorg pun hairan sgt sbb abah tak penah cenggini.
Yang paling x leh lupa adalah abah byk kali minta maaf kat kami anak-anak dia sebab dia dulu penah pukul kami masa kecik (sebab nak mengajar,kami kecik nakal sket).
BERIYA-IYA dia minta maaf sampai nangis teresak-esak.
Mungkin Allah nak tutup pintu hati kitorg (sebb kitorg langsung tak terfikir yg arwah akan pergi secepat itu).
so kitorg wat cam biasa je lah,ckp "dah lah abah,mana ada abah buat salah pun"

Sehari pastu dia terus jatuh sakit.muntah banyak sgt dan xleh telan makanan.dia dibawa ke hospital.anehnya doctor check,dia kata abah tak sakit apa2 pun (xleh detect).so adik2 saya pun bawak dia balik.
bila dh sampai umah,lagi worst keadaan dia.
dia tiba2 tak leh berjalan.dia hanya dapat mengesot jer.
adik saya pun panik,terus bawak ke hospital.
kali ni doctor kata abah kena strok..
strok ni amat cepat merebak.bermula ngn kaki,pastu terus menjalar ke tangan,then terus ke otak.
masa dah sampai kat otak,time tu abah dh nazak dah.
tapi alhamdulillah,kami semua adik beradik sempat jumpa dia buat kali terakhir dan bisikkan ke telinga dia utk dia mengucap walaupun mata abah dh tutup dan x nampak kami dah.
Bila time adik saya yg bongsu bisik kalimah syahadah ke telinga abah,kami nampak dada abah yg berombak tadi tiba2 terhenti.
Masa tu saya rasa dunia ni berpusing dan sayu sgt rasa hati ni sebab rasa x sempat nak menghabiskan waktu bersama dgn abah berbanding ngn mak.
Masa kitorg kecik2 dulu,kitorg takut sangat ngn abah.sebab dia garang
Wat salah sket,kena marah,kena rotan etc.mana tak takut.
so kitorg lebih rapat ngn mak.

Bila mak 'pergi',lagilah kitorg sedihhhh!!!Rasa dh xnak hidup dah..
ye lah,dah le abah meninggalkan kami bulan 6,tup tup bulan 9 dlm TAHUN YG SAMA mak pulak pergi.
mmg satu tamparan yang maha hebat yg Allah beri pada kami.
Masa tu rasa tempat bergantung kitorg dh x ada (walaupun dh berkahwin dan ada anak).
sebb semua masalah ke,apa ke kitorg akan luahkan kat emak.
dan mak akan jadi pendengar yg setia.

Masa wat kenduri arwah,masing2 buntu sebb selalu bab kenduri2 ni,mak yg akan jadi ketua dan masak.
kitorg tolong sket2 jer.byk ngelat.
nasib baik saya ada kak ngah yg pandai masak dan kak ipar yg rajin dlm bab ni.

Sedihnya bila ingat balik..
tapi masa tak akan kembali walau kita nangis air mata darah sekali pun.
yg pergi tak kan kembali lagi.kita jer yg kena tunggu ajal untuk bersama mereka.

Bermula tahun 2012,saya hanya akan beraya di sebelah mertua di Muor sahaja.dah tak ada Meru,Kuala Selangor,Kg Kuantan etc..
Tapi saya bersyukur at least mertua ada lagi.kalau mertua pun tak ada??mmg melopong je lah kat kl ni.mmg tak rasalah rendang ketupat bagai.


Ya Allah,kau tabahkanlah hatiku dlm menghadapi ujian dari Mu ini.

Semoga kau rahmati roh kedua ibu bapaku dan tempatkanlah mereka dalam golongan org yg beriman,golongan ahli syurgaMu.
Sesungguhnya kami amat menyayangi arwah.:-(

Sori guys,entry ni adalah luahan perasaan yg terbuku kat hati ni.

saya nampak je gembira,tapi dlm hati ni tuhan je yang tahu.

Next entry,saya nak wat publish persiapan raya kami pulak.

Ada org kesah ker??

hehehheehe..


3 comments:

Anum said...

mood raya

Qhaifa Nur said...

samalah dengan kak nur..sekejap saja bersama arwah abah...

al fatihah buat mereka semua...

saya tak tipu!!nina the mummy said...

Iam touched indeed....sebagai anak buat ape jer yg terbaik tuk both of them sbb anak2 yg soleh solehah aje dpt bantu mak ayah yg dh takde...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails