Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, April 19, 2011

kisah 'pahit' itu...

assalam semua..

Today baru bawak cabel (utk transfer gambar).Seperti yg dijanjikan,saya akan ceritakan kisah 'pahit' saya yg terjadi pada 8/4/2011-14/4/2011.
Hari Jumaat (8/4) saya e/l sebab anak saya tiba2 jer demam panas pukul 4 pagi, rasanya kalau ada temperature yg cucuk dlm telinga tu mau suhunya mencecah 40 degree celcius.saya dah tak sedap ati dah.Pastu saya ckp ngn hubby,"syg,u gi keje dululah,biar i stay kat umah jaga eryn".Then dari tengahari sampai petang suhu badan anak saya tak turun2 eventhough saya bagi voltaren (ubat demam cucuk ikut buntut).Saya pun dh tak senang duduk dan call hubby suh balik time tu jugak (dlm kul 7.30ptg).
Saya siap2kan barang gi hospital sbb hati saya kuat mengatakan anak saya akan bakal diadmittedkan.Biasalah,malam takde doctor paeditrician,just medical officer jer.Anak saya kena ambik darah dan swab sample hingus utk nak tau punca anak saya kena demam panas.pastu kitorg balik rumah mama (my MIL) sekejap sementara tunggu report darah siap.tapi baru jer sampai kat rumah mama dlm 10 minit,badan eryn makin panas,rasa mcm air panas yg kena jerang kat atas dapur.tgk muka dia pun dah merah2 dan dia lemah,tak aktif mcm selalu.saya pun terus zass gi hospital balik dan mintak kat doctor utk admitted malam tu jugak.So bermulalah episod berkampung di wad Hospital Damansara Specialist.
Lupa nak ckp,kitorg have to pegi sini sebab doctor paed eryn iaitu Dato Dr Musa Bin Nordin sahaja yg paham penyakit anak saya dan anak saya hanya serasi ngn ubat yg diberinya.Malam tu eryn kena dikuarantin kat wad org dewasa (bilik utk seorg)  sementara doctor nak tau result samada kena virus H1N1.Nasib baik negative.kalau tak lagi haru.kitorg check in (dh mcm hotel dah) kat situ dari 8/4-11/4.Then kitorg kena ditransfer lagi ke wad lain iaitu wad utk kanak2 (paediatric ward).
This time lebih mencabar minda,tenaga dan fizikal kerana dpt 2 katil kena share ngn indian family kat katil sebelah.actually we all mintak bilik utk sorang tapi memandangkan semua bilik 1 room fully occupied,so kitorg kena redhalah dpt bilik utk 2 org.masalahnya,anak indian lady kat katil sebelah kitorg tu kuat menangis dan jarang tidur.anak saya pulak mmg kaki tidur dn paham2 jelah bila tak dpt tido yg cukup,dia punya cranky mak aiii...hanya Allah je yg tahu perasaan saya time tuh.dgn hubby keje lagi,ot lagi.tapi takpe,saya kan kuat..kuat semangat..tak taulah org lain.Pada saya,bila dh jadi seorg ibu ni,mmg saya punya tahap kekuatan fizikal tu berubah,semuanya demi anak.
disebabkan saya tak dpt cukup rest dan very tired,saya pun kena infection demam sekali.tapi nasib saya bawak bekal panadol.dan beberapa kali jugak saya pohon pada tuhan supaya cepat sembuhkan saya dari sakit sbb i have to take care my daughter.ajaib,tuhan tu maha kaya,demam saya kebah dlm masa 3 hari.alhamdulillah,pastu kitorg kena transfer bilik lagi utk seorg sbb time tuh dah ada satu bilik yg kosong.
Sepanjang eryn kat situ,dia kena cucuk darah,kena masuk antibiotik,kena makan ubat antibiotik,kena pakai nebulizer utk cairkan kahak,kena gi phisioteraphy dan buang kahak secara paksaan (pakai mesin yg ada tiub utk masuk dlm hidung dan mulut),time kena wat phisio tu saya mmg tak sanggup nak tengok sbb dia mcm kena hadapi sakaratulmaut,tak tau nak ckp.kalau sesiapa yg penah anak dia wat phisio jer yg tahu cane.sampai saya ckp ngn hubby supaya discharge eryn cepat2 (without permission from a doctor).but tak boleh buat mcm tu sbb eryn tak sihat betul2.hari2 saya berdoa supaya anak saya cepat sembuh.alhamdulillah,eryn discharge jugak pada 13/4/2011 sbb demam dia dah takde.cuma still batuk2 dan selsema sket.doctor suh continue bagi dia antibiotik selama 5 hari sbb eryn kena infection viral virus yg agak teruk.saya still e/l hari khamis dan naik keje hari jumaat.
Now eryn is getting better.Grateful to see her active back to normal.Saya teringat sms umi (pengasuh eryn dulu) ckp "ct byk2 zikir ape saje.Tiup kat tangan,usap pada anak tu.Doa seorg ibu amat mustajab,tambah pulak ibu Yaya (eryn) SITI MARIAM :-D".
Terdiam saya baca sms umi dan saya tak nafikan saya jadi bertambah kuat bila baca sms tu.kepada Umi,terima kasih yg tak terhingga saya ucapkan sebab sanggup tak tido malam ngn suami buat solat hajat dan bagi air penawar dari air zam zam utk yaya,lawat yaya dan sentiasa mendoakan dia cepat sembuh dan anggap dia macam cucu umi sendiri.saya tak boleh ingat umi lebih2,nanti bertambah emosi saya.seriously i tell u,i've never ever met someone so pure,so sincere like umi all of my life.saya sgt sedih masa pisahkan eryn dgn umi dulu.kadang2 saya rasa eryn demam teruk tu pun mungkin sbb rindukan uminya yg tatang dia bagai minyak yg penuh dari saya lepas pantang sampai umur dia setahun 7 bulan. saya dh anggap umi mcm ibu kedua saya selepas mak yg melahirkan saya.sampai sekarang dia keep sms bertanyakan keadaan eryn tanpa jemu.dia asyik ckp dia nak eryn bila besar nanti ingat kubur dia bila dia dh tak ada.tak sanggup saya dengar.tsk..tsk..




ni masa kat umah tunggu hubby balik before gi hospital



"isk,panasnye pale yaya ni mama"





"mama,eyin akit.cepatlah gi hospital"!





ni masa kat hospital.kat emergency department dan tgh tunggu bilik.look at her face,saya menangis masa ni sbb badan dia terlalu panas dan she's sooo weakk..




ni lah bilik yg eryn kena kuarantin selama 4 days sementara tunggu result H1N1.nasib negative.




first night in ward.





still demam on & off











eryn cukup tak suka pakai neb.ni pun terpaksa peluk dia kuat2 sbb dia suka meronta2 dan tarik mende tu.haish..





ni masa dh nak discharge.she can smile now.thank you ALLAH.




"Mummy,let's go home"





Dan ini adalah bil hospital selama kami check in 6hari 5malam.Nasib baik CIMB bermurah hati menaja bil ni tanpa kami kuar se sen pun.sekali lagi alhamdulillah.




Last but not least,ni lah umi yg saya ceritakan tu.



Sorry guys,hari ni entry emosional sket.ni adalah luahan hati saya.kalau sudi baca,terima kasih.



p/s:tak sabar tunggu hadiah dari huggies.almaklum first time menang hadiah peraduan eventhough saguhati jer.ngeee...




13 comments:

wardah @ fie shah said...

sedih :( tapi alhdamdulillah eryn dah sihat. mmg tak boleh byg mcm mana perasaan seorg ibu time anak sakit. lagi2 kena admit mcm ni. alhdmulillah dah ok.

thanx CIMB. eceh.

NM02 said...

kalu dia tak sihat lagi, kalu letak dia kat bilik 16 tu, tau le aku nak jaga dia. hehehe

Scha406 said...

siannya eryn........nmpk muka dia cengkung sket time tu...

ZSqueenbee said...

Sob sob sedihnye..alhamdulillah Eryn dh sihat..xtaula cnne perasaa seorg ibu time² camni kn..chomel sesgt Eryn ni tau..putih melepak..papepon awk kne tabah n bykkn berdoa ye..alhamdulillah both of u dh ok..SMILE slalu ye...♥

ct shah said...

wardah:alhamdulillah eryn much better now.cuma still batuk sket2 jer.:-)

kak ena:dia jarang demam panas camnih.tapi bila sekali kena,mmg teruk sket.takut kak ena tak tahan jer.

sha:mmg dia kurus sket time tuh.sbb dia tak selera makan,dan minum susu.plus,dia cirit birit jugak.

pia:kita ni bila dh jadi ibu,automatik perasaan tu jadi lain.we feel very attached to each other.dan automatik kita jadi kuat semangat,mental dan fizikal tau sbb hanya kita jer tempat dia bergantung.u will going through the same situasion like all moms does.it's a miracle.:-)

Dimple said...

Alhamdulillah eryn dah sihat. semoga sihat sihat selalu ya. anak anak mahu membesar. memang begini dugaannya siti. saya neh, sikit hari sudah mau bikin rumah sebelah tawakal. ;)teehee. jangan risau risau ok. doa, usaha dan tawakal.

ct shah said...

dimple:ye..ye..betul kata awak.mungkin kerana anak yg tgh nak membesar ni kena melalui frasa 'sakit' selalu.apapun saya gembira sbb anak udah sihat.hehehe..

ct shah said...

bobhandburry:tq 4 visiting my blog.ye,saya akan terjah...zassss....

Anum said...

kesian eryn... muka menahan kesakitan je..
nasib ada cimb ek..

wahida said...

nok, aku ckp terus terang la ngan ko...aku tak mampu nak baca citer ko sbb ko tak buat perenggan...pening kepala aku weh...

ct shah said...

anum:tulah,alhamdulillah ada insurans dari cimb sbb hubby keje kat sana.

wahida:cett,wat penat jer aku karang.aku tak sempat nak wat perenggan bagai sbb sibuk layan emosi jah.

LiLy @ MaMaQiStInA said...

salam CT..

Sian eryn..kita baca N3 ni pon sedih tau..apapon Alhamdulillah..Eryn dh sembuh..hati ibubapa mana yg x risaukan bila anak jatuh sakit..klu blh biarlah sakit diorg tu berpindah kat kita..x sanggup tgk diorg sakit..

ct shah said...

lily:betul..betul..betul..saya sokong.mmg kalau boleh saya xnak tgk anak sakit camnih.kalau boleh transfer,biarlah kita jadi galang gantinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails