Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, June 12, 2011

tinggal kenangan....

assalamualaikum semua...


Hari ni baru get back to work.hmmm..cuti 3 days compensionate leave minggu lepas rasa macam tak cukup jer.Sisa kesedihan tu masih ada lagi dan akan kekal sampai bila2.

For those yg tak tau lagi,abah saya telah menghembuskan nafas terakhirnya di wad Hospital Tuanku Ampuan Rahimah Klang pada hari selasa lepas ( 07/06/2011) pada pukul 7.20 pm akibat penyakit aspiration pneumonia.dan alhamdulillah saya sempat jumpa abah dan lihat wajahnya utk kali terakhir sebelum dia 'pergi'.
Masih segar dalam ingatan saya sewaktu melihat wajah abah menahan kesakitan dan bercucuran air mata saat adik-adik saya membisikkan kalimah syahadah ke telinganya walaupun dia dah tak berdaya utk membuka mata dan menggerakkan anggota badan.Saya akan ingat moment itu sampai bila-bila.
Selepas doktor mengesahkan abah sudah 'tiada',kami adik beradik dan mak amat sedih,tak tau nak ckp apa lagi.Kami tak henti2 bacakan surah yaasin utk abah.Abah telah dikebumikan di Meru keesokan harinya (08/06/2011) pada pukul 9.00 pagi.sebelum abah diusung pergi,saya sempat lihat wajah abah dan mencium dahinya.wajah abah amat tenang,macam tengah tidur dan dahi abah masih berpeluh2.
Sekarang kami hanya ada mak sahaja.kesihatan mak memang tidak menentu disebabkan kencing manis yg amat tinggi.sekarang mata mak dah tak nampak sebelah kiri.saya amat risau.saya amat berharap agar Allah SWT panjangkan umur mak dan berikan nikmat kesihatan kepadanya agar kami dapat berbakti kepada mak semasa hidup ini.



Abah,
ketika kejauhan
masihku rasa hangat kasihmu abah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
walau kadang2 kata kata mu amat menusuk kalbuku
namun ku tahu disebalik itu,kau amat menyayangi anak-anak mu
Sekarang kau telah pergi
pergi yang takkan kembali lagi
hanya titipan doa yang kami mampu sedekahkan agar pusara mu terang di sana
damailah dikau di sana wahai abah








 sayang atuk




Al fatihah buat ayahanda ku Bahar Bin Ibrahim (1951-2011)


p/s:Ya Allah,Kau cucurilah rahmat ke atas roh abah ku.semoga dia tenang disampingMu.Dan semoga dia tergolong dalam golongan org2 yg solih.Amin ya rabbal alamin.

23 comments:

ZSqueenbee said...

Al-Fatihah buat arwah..sye pon tekejut gak dpt email dr admin..huhu..Allah lbh sayangkn dia..kita yg hidup kne teruskn kehidupan..doakn arwah ditempatkn dlm golongan org² yg beriman..Tabah ye wak..

SangRatoo said...

Al-Fatihah utk arwah..semoga ditempatkan dikalangan orang² yang beriman..Mariam tabah ye..semoga kita semua berbakti pada ibu bapa selagi ada hayat mereka..insyaAllah. :)

lynda said...

Takziah dari kami sekeluarga....semoga Mariam dah keluarga tabah menghadapi dugaan dan ketentuan Ilahi...Al-Fatihah

Dimple said...

salam takziah siti. Al-fatihah.

Scha406 said...

al-fatihah...moga arwah ditptkn di kalangan para solihin.....

sha br masuk office hr ni...br bc email....

salam takziah dr k.a.m.i

Ann said...

salam takziah dr kami sekeluarga
semoga tabah menerima dugaan
dan semoga ibunda siti diberikan kesihatan yg baik, Insya-Allah.

Raz said...

Takziah, Sista. Moga arwah bersemadi dengan aman. Amin
Sedih saya baca entry ini. Moga tabah dan terus tabah ye..

Unknown said...

Takziah! Sga rohnyer ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

wardah @ fie shah said...

AlFatihah buat arwah Abah awak. Kak Fie sekeluarga doakan awak & family tabah. Selalu sedekahkan AlFatihah ye. Allah lebih sayangkan dia..

chichi said...

mariam,
aku n family ucapkan salam takziah.tak dapat nak pegi ziarah ari tu..saba banyak2 wokey

ct shah said...

terima kasih semua atas doa kalian.insyaallah saya dan keluarga akan tabah hadapi dugaan ini.semoga roh arwah dicucuri rahmat.

Kakzakie Purvit said...

Luruh airmata kakak ct. Entahlah kakak tak boleh membaca N3 sebegini. kasihnya kejap dlm sanubari.

Khususan ilaruhi Almarhum Bahar bin Ibrahim, Al-fatihah....

suwara entertainment said...

Kak Ct: takziah dari saya sekeluarga..semoga rohnya tenang dan damai di sana..redhai pemergiannya..semoga tabah dan sabar meniti hari2 mendatang..

ct shah said...

kakzakie & sue:terima kasih atas doa kalian.:-)

Anum said...

AL-FATIHAH buat arwah ayah ko..
Semoga arwah ditempatkan diantara golongan yang dikasihi..ALLAH S.W.T
AMin

ct shah said...

anum:thanks for ur pray.amin.

Nur Hana Humaira said...

Memang teramat sedih kehilangan orang tersayang. Semoga arwah ayah awak tenang di sana. Al-Fatihah.

NM02 said...

aku amat terkejut dengan berita pemergian abahmu. hanya al fatihah moga roh aruah tenang disana.

aku sedih becucuran air mata baca n3 kau ni.

ct shah said...

nur hana humaira & nm02:terima kasih diatas doa kalian.semoga arwah tenang disana.amin..

SITI NOARIZAH ARIS said...

Salam kenal dr sy gak & takziah pd kamu...Al fatihah semoga roh arwah di cucuri.

ct shah said...

ct noarizah aris:terima kasih atas doa awak.

wahida said...

takziah mariam..

semoga arwah tenang di sana..

bykkan doa utk dia sbb doa anak2 yg membantu dia di sana nnt...

ct shah said...

wahida:terima kasih.insyaallah,semoga rohnya tenang disana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails