Kepada sesiapa yg belum tahu, ibu saya Timah Binti Jonit telah selamat menemui penciptaNya pada 24/9/2011 pada pukul 4.30 petang di Wad ICU Hospital Selayang akibat dari pneumonia with sepsis (paru-paru berkuman).Sekelip mata jer rasa Allah pinjamkan ibu bapa saya sebelum dibawaNya pergi.Yang paling sedih adalah genap 109 hari abah 'pergi',mak pula 'pergi' meninggalkan kami.terasa luluh hati dan perasaan ini tapi semuanya adalah ketentuan Ilahi.Ini adalah ujian yg maha berat buat keluarga saya pada tahun 2011 ini.Hanya doa yg kami mampu pohon kepada ALLAH SWT agar roh kedua2 ibu bapa kami dicucuri rahmatNya.
Lepas ini dah tak dapat nak rasa rendang kerang mak,rendang ayam dan kuah kacang daging mak utk raya yg akan datang.Sesungguhnya saya teramat rindu dengan mak dan abah.wajah mereka berdua bermain2 di mata,masih terngiang2 kenangan bersama mereka dari kecil sampailah kami dah menginjak dewasa ni.
Mak,bergenang airmataku
terbayang wajahmu yg redup sayu
tulusnya kasih yg engkau hamparkan
bagaikan laut yg tak bertepian
biarpun kepahitan yg kau rasakan mendidik anakmu
tak pernah kau merasa jemu walaupun kau terpaksa berkorban untuk kami
Mak, ampunilah dosaku
andainya pernah menghiris hatimu
tabahnya engkau melayan kenakalan kami anakmu
mengajar kami erti kesabaran
kau bagai pelita dikala aku kegelapan
menyuluh jalan kehidupan
kasihanilah tuhan ,ibu yg pernah melahirkan diriku
moga bahagia mak diakhirat sana
alfatihah buat ibuku yg teramat ku sayang,Timah Binti Jonit.Alfatihah juga buat arwah bapaku Bahar Bin Ibrahim.semoga roh kedua ibubapaku dicucuri rahmat.Amin.:-(
11 comments:
Mmg sgt berat ujian yg Allah turunkan buat kau dan adik beradik lain. Aku harap kau kuat dan tabah hadapi dugaan ini. Setiap yg bnyawa pasti akan kembali padaNya. Itu ketentuan yg kita manusia biasa juga insan yg lemah utk menidakkannya. Moga kedua aruah dicucuri rahmat dan dibariskan bersama golongan yg berima. Amin
Mariam, Tabahlah dalam menghadapi setiap ujianNYa. Kerana didalam setiap ujian itu ada kemanisan yang kita terima dikemudiannya. Kuatkan semangat. Jadilah anak yang Solehah. Itu lah sebenar-benar hadiah buat mereka. Sabar ye..
Mariam, takziah untuk awak sekeluarga. Berat mata Fie memandang berat lagi sedih yg awak tanggung. Sabar ye.
salam takziah buat ct sekeluarga. Al fatihah.
Al Fatihah... semoga tabah
sayu nye dikkk huhuhu
semoga kedua2 ibu bapa adik dicucuri rahmat .. adik banyak2kan berdoa buat mereka .. insyaallah dikk doa anak2 yg solehah ..
salam takziah utk sis sekeluarga
takziah yea? al-fatihah... wordless..
takziah buat kamu sekeluarga. Allah telah menggantikan ibu kamu dengan seorang anak buah yg comel.
arwah atuk saya pun meninggal dunia disebabkan sepsis. kuman dalam darah. memang dah agak atuk tak akan survive lama sebab sepsis memang akan sebabkan kematian~
Alfatihah buat kedua2 arwah ibu & bapa awak.. semoga roh mereka sentiasa tenang di alam sana.. amin..
takziah buat akak sekeluarga di atas pemergian ibu bapa yg tercinta..semoga mereka ditempatkan di kalangan org2 beriman di akhirat kelak..amin..semoga akak sekeluarga tabah dan sabar hadapi dugaan dariNya ini..
Post a Comment