Lilypie Third Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, March 7, 2012

4 purnama...

Assalamualaikum semua..



Semalam gi cucuk ambik darah kat Klinik Tingkat 4.Satu hari rasa kebasnya.huhu..

Well,as usual my weight is not gain much.hanya naik 500gram sajer.so doctor suh continue dgn pramilet dan folic acid.Doctor suh makan banyak2 time ni sbb bila dh masuk 3rd trimester takleh makan byk dah sbb time tuh baby cepat membesar dan badan senang naik.As for my little munchkin,i consume neurogain.

Before ambik darah,kena scan dulu.alhamdulillah baby membesar dgn baik.weight dia baru 111 gram.Alahai keciknyer.huhu.well,esok i ada appointment lagi ngn my gynae (specialist) kat Bangsar.


nak tgk tak perut i skrg?


 masa duduk


masa baring


rasa cam besar sket berbanding ngn Eryn dulu.might be sbb rahim dah kembang (sbb penah beranak),tu yg cepat besar jer perut tuh.padahal baby kecik lagi.ah,takperlah.janji baby sihat dlm perut mama ek.don't naughty naught tau.Mama sayang adik.:-)


Dan kakak Eryn plak sekrg makin menjadi2 manja dia.kadang2 sampai hilang sabar nak melayan kerenah dia.Dia macam tau2 jer akan berkongsi kasih ngn adik dia.Eryn sayang,dun worry.mama dan ayah tetap sayang kakak sama rata ngn adik ek.Kakak tetap anak sulung mama yg manja.



dah besar dah anak dara mama.

Thursday, March 1, 2012

macam-macam...

assalamualaikum..


Hai,pas baik dari penyakit abcess @ bisul tempoh hari,ni saya kena penyakit keputihan laks.sgt tidak selesa.

Ke sebab pembawakan budak??.so stress!!!

Sape2 ada tips tak utk kurangkan masalah keputihan ni??

now baru balik dari klinik.mintak2 ler kali ni keputihan ku dpt diatasi.:-(



dah,tu jer nak cakap.

chow bedah.

Thursday, February 2, 2012

grrrrr....

i'm suffering from abcess.ni dah kali ke-4 kena.kali ni tumbuh kat b**t.tak leh nak duduk ngn selesa.
And as usual,kena tahan sampai ianya pecah sendiri sbb doctor tak boleh bagi antibiotik @ apa2 ubat.
Harap2 tak delah sampai kena demam macam yg sudah.:-(

Tuesday, January 10, 2012

WW


style tido eryn sekarang..:p

Thursday, January 5, 2012

rindu....

Assalam semua.Kejap jer tahun 2011 meninggalkan kita.Pada saya tahun 2011 adalah tahun yang amat 'pahit' untuk saya.
Hari ni genap 3 bulan 12 hari ibu yang amat saya kasihi meninggalkan kami.dan hari ni jugak hampir 7 bulan abah yg juga saya kasihi pergi.Pergi yang tidak akan kembali lagi.
Sejak saya berbadan dua ni,agak kerap saya mimpikan arwah mak.Sesungguhnya saya amat rindukan arwah.Saya memang betul-betul terasa kehilangan.
Tapi apa yg terjadi memang ada hikmah disebaliknya.Allah itu maha Besar.Dia tahu apa yg terbaik untuk umatNya.
Saya yakin mak akan doakan kami dari kejauhan.Semoga ALLAH ampunkan dosa mak dan abah.Amin.



 ni masa hari pertama Eryn dilahirkan.Mak sanggup datang dengan berkerusi roda sebb daging kat kaki dia kena potong kerana kencing manis.Bakal anak saya yg kedua nanti dah tak dapat peluang macam ni lagi.:-(


 ni masa kakak saya yg kat bangi tu kahwin.mak menangis sebb terpaksa melepaskan anaknya pergi.


ni masa hari pernikahan saya.arwah abah yg walikan.tsk..tsk..


Semua ni adalah kenangan yg tak akan saya lupakan sampai jasad saya tertanam 7 kaki dalam tanah nnti.Allah sahaja dapat membalas segala pengorbanan mak dan abah yg telah membesarkan kami dgn penuh dugaan dan pancaroba.
Al-fatihah untuk arwah mak Timah binti Jonit dan arwah abah Bahar Bin Ibrahim.



p/s: saya tak sabar untuk 2nd check up next week.Ada berita yg tidak disangka2 oleh saya masa 1st check up (4 weeks) tempoh hari.Mintak2 lah semua tu confirm dan jadi kenyataan.AMIN.

Monday, December 19, 2011

unbelievable...


Alhamdulillah,syukur....

Sunday, December 18, 2011

Aquaria KLCC

Semalam tetiba hubby plan nak bawak Eryn gi Aquaria KLCC.So,geraklah kami kat sana,ater Eryn mmg suka tgk ikan.Tapi semalam Eryn jadi takut sebab ikan2 tu semua besar dari dia.Sampai sekarang bila kitorg tanya "Eryn,nak tgk fish lagi tak??".Eryn pun jawab "Nanak..nanak..nanti fish gigit..aumm..".hehehe..

Oh,gambar agak banyak.Memang enjoy betul.Dengan mak bapak sekali terujer.:p










 tu cicak gecko.gambar blur sket.













 ikan ni mcm batu.diam jer kat situ..



















 sibuk menunjuk fish..



 pari

 ikan pari ni kalo dibuat masak lomak cili padi sodap ni.mau makan tujuh keturunan tak abih.hehehe.

Jangankan ikan,patung ni pun dia takut.adeii..

















 ikan ntah apa ntah nama dia.luper daa..

 rangka gigi shark

 ni lupa nama dia.nampak mcm umang2.

 jellyfish



 ular laut.

 fire shrimp.very rare species..

 seahorse


and lastly,..



muka budak yg puas ati dpt tgk fish walaupun ketakutan dgn muka dan saiz fish2 tu.


Mmg recommend sgt2 kalau bawak anak2 gi sini terutamanya time cuti sekolah ni.banyak yg diorg boleh pelajari ttg hidupan laut di sini.
utk lebih info ttg ticket rate,boleh lah log on to their website : http://www.aquariaklcc.com/visitor-info/admission-fees

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails