assalam semua..
peninglah fikir pasal botol susu ni.kan sekarang kerajaan sudah bagi amaran utk haramkan penggunaan botol susu yg diperbuat daripada policarbonate (pc) yg mengandungi BPA .utk pengetahuan semua,Eryn selama ni pakai botol AVENT (yg colour jernih putih) dan MAM.sekarang kat pasaran ,baru keluar botol susu AVENT warna cam kuning2 sket yg sah2 tulis BPA Free.tadi masa google dlm website avent,diorg ckp semua produk penyusuan diorg takder bahan BPA.Masalahnya saya tak pasti botol susu AVENT yg saya bagi eryn selama ni adalah yg bebas BPA ke tidak sebab according to anak umi (pengasuh) yg kerja di syarikat botol susu Dr Brown kata produk AVENT dulu2 ada BPA.dah mana satu yg betul ni???kat bawah ni keratan yg saya jumpa dlm website AVENT:
Less fussing, especially at night*
Less colic**
- Clinically proven to significantly reduce fussing*
- Allows air into the bottle instead of your baby's tummy
- Five different nipple flow rates are available
- This bottle is made from PP - a BPA Free material
ni contoh gambar Eryn pakai botol susu AVENT
macam nilah rupa botol eryn tuh.tapi yg tensennye dh tak ingat kat kotak tu ada tulis BPA free ke tak.kotak lak dh selamat dibuang tahun sebelum eryn lahir lagik.
balik ni nak kena check betul2 botol tu.kalau cam was2 elok tukar jer yg baru.saya sgt takut kalau2 selama ni eryn pakai botol dari PC.:-(.dah le dgn kejadian tsunami dan nuklear yg meletup kat jepun sekarang ni.malam2 dh takleh nak tido.sbb byk khabar angin kata kesan radioaktif tu akan merebak ke malaysia.aduhh..dah ler dgr cerita dari anak umi yg belajar kat uni kata lecturer dia cakap yg bulan 4 ni bakal berlaku dimana bulan akan menarik graviti bumi yg mana kesan dari itu adalah tsunami yg besar bakal berlaku di bumi ni.ni pendapat saintis.dunia mmg dah tua,dah nak akhir zaman dah ni.sedih sebab fikir baru jer dapat duduk rumah baru,anak tak besar lagi .mcm2 lah.tapi kuasa Allah kita tak mampu nak lawan.wallahualam..












































